KUALA LUMPUR: Ekonomi digital berpotensi menjadi pemacu utama dalam membangunkan industri dan bidang pertumbuhan baharu di ASEAN kerana ia telah menjadi elemen penting dalam kehidupan harian setiap orang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Bercakap semasa Dialog China-ASEAN Information Harbor di Sidang Kemuncak Persidangan Internet Dunia 2021 di Wuzhen pada Ahad yang berlangsung secara maya, beliau berkata krisis COVID-19 telah mengubah digitalisasi merangkumi perkhidmatan penjagaan kesihatan sehinggalah pembelian dan pembayaran secara dalam talian.
Annuar berkata Malaysia telah memperkenal Pelan Infrastruktur Digital Negara untuk meningkatkan ketersambungan digital dan mempersiap negara untuk peralihan ke arah teknologi 5G.
"Penggunaan 5G secara berperingkat akan mengubah Malaysia menjadi hab inovasi dan menarik pelaburan baharu bernilai RM70 bilion dalam sektor digital daripada pelabur antarabangsa dan tempatan.
"Ini akan membantu negara mewujudkan peluang perniagaan baharu dan pekerjaan bernilai tinggi dengan anggaran 100,000 pekerjaan baharu dijangkakan antara 2021 dan 2025," katanya.
Annuar berkata pelancaran MyDIGITAL dan Rangka Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia pada Februari tahun ini dijangka menyumbang kira-kira 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2025.
Beliau berkata pengembangan ekonomi digital mewujudkan banyak peluang ekonomi baharu namun susulan kemunculan ekonomi digital, risiko ancaman keselamatan siber turut tersebar secara meluas.
Annuar turut berkongsi bahawa Malaysia adalah antara negara yang mempunyai ranking terbaik di rantau ini apabila membabitkan potensi dalam industri keselamatan siber dan Strategi Keselamatan Siber Malaysia 2020-2024 yang dilancarkan pada Oktober 2020 serta pelancaran Program Pemerkasaan Keselamatan Siber (SiberKASA) pada Mac tahun ini adalah usaha bagi menangani ancaman keselamatan siber.
"Di peringkat ASEAN, Malaysia menjalin kerjasama dengan Singapura melalui agensi keselamatan siber negara masing-masing bagi membangunkan Pelan Tindakan ASEAN mengenai Pelaksanaan Norma Tingkah Laku Negara yang Bertanggungjawab di Ruang Siber bagi memastikan pelaksanaan kesemua norma ini berkesan dan praktikal," katanya.
Pada Januari lepas, Annuar berkata Menteri-Menteri Digital ASEAN telah melancarkan Pelan Induk Digital ASEAN 2025 bagi memacu matlamat ASEAN untuk menjadi peneraju dalam komuniti digital dan blok ekonomi yang diperkasa oleh perkhidmatan digital transformatif yang selamat, teknologi dan ekosistem serta dikawal oleh keselamatan siber dalam usaha memupuk ruang digital yang dipercayai dan boleh diharap.
Annuar berkata menurut Forum Ekonomi Dunia, ASEAN memiliki pasaran Internet yang berkembang pesat dan menyaksikan ekonomi Internet di rantau ini pada 2019 mencecah US$100 bilion, tiga kali ganda lebih tinggi berbanding empat tahun terakhir.
Beliau berkata menjelang 2025, ekonomi Internet rantau ini dijangka berkembang kepada US$300 bilion dan ini akan menjadikan ASEAN sebagai pasaran tunggal terbesar dunia menjelang 2030.
Mengambil kira momentum Kerjasama Ekonomi Tahun Digital ASEAN-China dan kemungkinan Kerjasama Digital ASEAN-China, Annuar menyifatkan program dialog itu sebagai venue yang baik untuk memupuk kerjasama yang lebih mendalam, bertukar idea serta meneroka titik pembangunan baharu dalam kerjasama digital.
Acara itu adalah persidangan tahunan anjuran Pentadbiran Ruang Siber Republik Rakyat China dengan kerjasama Kerajaan Rakyat Wilayah Zhejiang di Wuzhen sejak 2014.
Bertema 'Towards a New Era of Digital Civilisation-Building a Community with a Shared Future in Cyberspace,' ia diadakan secara hibrid tahun ini dengan penyertaan hampir 2,000 perwakilan dari lebih 80 negara dan wilayah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 26 2021
Annuar berkata Malaysia adalah antara negara yang mempunyai ranking terbaik membabitkan potensi dalam industri keselamatan siber.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.