PUTRAJAYA: Kerajaan terus mempertingkatkan usaha memperkenalkan teknologi hidrogen hijau di Malaysia bagi memastikan sasaran pendapatan RM12 bilion menjelang tahun 2030 menerusi ekonomi hidrogen tercapai.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata fokus utama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ketika ini adalah untuk mempertingkatkan permintaan, penggunaan dan juga penjanaan hidrogen hijau.
"Sasaran sekarang adalah...kita perlu cipta 'demand side' dan 'supply side' sebab ini adalah satu ekosistem baharu.
"Kita perlu tingkatkan dari segi permintaan, penggunaan dan juga dari segi penjanaan 'green hydrogen'.
"Selain itu, kita dapat meraih manfaat daripada pendapatan ekonomi hidrogen sekitar RM12 bilion menjelang 2030," katanya pada sidang media selepas majlis demonstrasi penggunaan Mobile Hydrogen Refueling Unit (MHRU) dan kenderaan berkuasa hidrogen (Toyota Mirai) di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan majlis tersebut.
Sebelum ini, Perdana Menteri berkata pelaksanaan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR) bakal meletakkan Malaysia pada kedudukan yang sangat menguntungkan dalam pasaran global hidrogen hijau yang diunjur mencecah US$189.19 bilion menjelang 2050.
Pelaksanaan HETR dijangka menjana pendapatan sehingga RM12.1 bilion dengan jangkaan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara RM49 bilion dan RM61 bilion menjelang 2030, katanya.
Sementara itu, pada majlis berkenaan, Anwar meluangkan masa menyaksikan demonstrasi penggunaan MHRU dan menaiki kenderaan berkuasa hidrogen jenis Toyota Mirai dari MOSTI ke Pejabat Perdana Menteri di sini.
MHRU merupakan teknologi pengisian semula hidrogen ke dalam kenderaan dengan hidrogen menggantikan bahan api fosil. MHRU juga bersifat mudah-alih yang membolehkannya dipindahkan ke lokasi yang berbeza mengikut keperluan semasa.
Kenderaan Toyota Mirai adalah kenderaan jenis elektrik sel bahan api (Fuel Cell Electric Vehicle - FCEV) yang menjana elektrik menggunakan hidrogen untuk pemacuan kenderaan, menggunakan air sebagai hasil sampingan tanpa sebarang pelepasan karbon.
Chang berkata MHRU akan dilancarkan di Putrajaya pada akhir tahun ini sebagai salah satu langkah untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan masyarakat mengenai teknologi hidrogen.
"Penggunaan hidrogen adalah sangat penting kerana ia akan membantu menghasilkan tenaga yang lebih bersih," katanya.
Mengenai kenderaan hidrogen, beliau memberitahu ia mempunyai beberapa kekuatan utama antaranya dari segi pengisian, jarak perjalanan dan berat kenderaan itu.
"Masa pengisian (kenderaan hidrogen) adalah pendek antara tiga hingga lima minit sahaja untuk satu pengisian penuh.
"Jarak (perjalanan) pula lebih jauh 700 hingga 1,000 kilometer untuk sekali pengisian dan berat kenderaan ini adalah lebih ringan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Chang (foto) berkata MHRU akan dilancarkan di Putrajaya pada akhir tahun ini sebagai salah satu langkah untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan masyarakat mengenai teknologi hidrogen. -Bernama
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian sedia ada kerajaan sebelum 24 Mei ini
Mahasiswa di IPT bakal mendapat akses kepada maklumat serta kajian sedia ada di peringkat kementerian dan agensi kerajaan sebelum 24 Mei ini.
Lebih banyak syarikat Jerman akan melabur di Malaysia - Chang
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yakin lebih banyak syarikat Jerman akan memasuki Malaysia untuk melabur susulan pelaburan besar oleh Infineon Technologies AG baru-baru ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerjasama parti komponen Kerajaan Perpaduan amat baik - Chang
Kerjasama dipamerkan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) amat baik, menurut Naib Presiden PKR Chang Lih Kang.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
NCCIM anjur Forum Ekonomi Kebangsaan 2024 pada 9 Mei depan
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) akan menganjurkan Forum Ekonomi Kebangsaan (NEF) 2024 pada 9 Mei depan di Hotel One World di Petaling Jaya, Selangor.
3 strategi fokus utama dalam Pelan Hala Tuju Modal Teroka Malaysia
Kerajaan melancarkan Pelan Hala Tuju Modal Teroka Malaysia (MVCR) untuk tahun 2024-2030 dengan meletakkan tiga strategi utama sebagai pendekatan untuk memacu transformasi.
Ekonomi hidrogen berpotensi jana pendapatan RM12 bilion menjelang 2030 - MOSTI
Fokus utama MOSTI ketika ini adalah untuk mempertingkatkan permintaan, penggunaan dan juga penjanaan hidrogen hijau.
PM Anwar tertarik dengan kenderaan berkuasa hidrogen, enjin lebih senyap
PM Anwar jelas tertarik dengan kenderaan berkuasa hidrogen itu yang menurutnya lebih senyap berbanding kenderaan menggunakan bahan api petrol.
Lebih ramai bakat teknikal yang faham teknologi diperlukan - Chang
Ia berikutan perkembangan pesat teknologi baharu seperti tenaga baharu dan kecerdasan buatan di peringkat global.
PKS digalak bekerjasama dengan Mimos guna teknologi terkini
PKS digalakkan untuk bekerjasama rapat dengan Mimos menggunakan kepakaran mereka dalam penyelidikan dan pembangunan bagi memanfaatkan teknologi terkini.