awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah guna PLS warga asing sedikit meningkat - Saifuddin Nasution
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar tertarik dengan kenderaan berkuasa hidrogen, enjin lebih senyap

Bernama
Bernama
01/04/2024
05:08 MYT
PM Anwar tertarik dengan kenderaan berkuasa hidrogen, enjin lebih senyap
Anwar (dua, kanan) diiringi Lih Kang (kanan) mencuba kenderaan Toyota Mirai pada Majlis Demonstrasi Penggunaan 'Mobile Hydrogen Refueling Unit' Dan Kenderaan Toyota Mirai, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkesempatan menaiki kenderaan menggunakan sel bahan api hidrogen bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang di sini hari ini, jelas tertarik dengan kenderaan berkuasa hidrogen itu yang menurutnya lebih senyap berbanding kenderaan menggunakan bahan api petrol.
Chang berkata dalam perjalanan singkat menaiki kenderaan jenis Toyota Mirai itu, dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ke bangunan Perdana Putra, perdana menteri sempat bertanya beberapa perkara mengenai perkembangan ekosistem bahan api hidrogen dalam negara.
"Perdana Menteri amat berminat. Tanggapan pertama beliau - katanya enjin sangat senyap.
"Maksudnya dia rasa senyap bila menaiki kereta ini berbanding kereta yang guna minyak (bahan api petrol)," kata Chang pada sidang media selepas menghadiri Majlis Demonstrasi Penggunaan Mobile Hydrogen Refueling Unit dan Kenderaan Berkuasa Hidrogen hari ini.
Chang berkata tidak banyak perkara yang dikongsikan oleh Anwar kerana jarak perjalanan hanya mengambil masa kira-kira lima minit sahaja, namun riak wajah dan gaya perbualan menunjukkan pemimpin nombor satu negara itu memang berminat dengan kenderaan berkenaan.
Toyota Mirai merupakan kenderaan hidrogen jenis sedan yang pertama di Semenanjung.
Terdahulu Anwar diberikan penerangan mengenai Mobile Hydrogen Refueling Unit dan kenderaan berkuasa hidrogen oleh Pengurus Besar UMW Motor Jason Ong, dan perdana menteri turut menyaksikan demonstrasi pengisian semula hidrogen ke kenderaan berkuasa hidrogen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#sel bahan api hidrogen
#Chang Lih Kang
#hidrogen
#Toyota Mirai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan