KUALA LUMPUR: Ekonomi MADANI menetapkan tujuh penanda aras sebagai sasaran jangka sederhana yang mahu dicapai sebelum 10 tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antaranya, Malaysia berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia dan Indeks Daya Saing Global di tangga ke-12 teratas dunia.
"Ketiga, peratusan pendapatan buruh mencapai 45 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan, sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) adalah 40 peratus menjelang 2025.
"Keempat, kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh mencapai 60 peratus. Kelima, Indeks Pembangunan Manusia di tangga 25 teratas dunia.
"Keenam, Indeks Persepsi Rasuah di tangga 25 teratas dunia dan ketujuh, kemampanan fiskal dengan defisit fiskal mencapai tiga peratus atau lebih rendah," ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Peluncuran Memperkasa Ekonomi MADANI di Pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara pada Khamis.
Dalam pada itu, ujar Anwar, bagi mencapai hasrat berkenaan, kerajaan menerusi Ekonomi MADANI memberi tumpuan membawa Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia.
"Bagi mencapai hasrat ini, struktur ekonomi perlu dirombak. Antara isu yang membelenggu sistem ekonomi termasuklah masalah sektor perindustrian yang menguncup sebelum masanya.
Artikel Berkaitan:
'Makan berlaukkan keropok, ayah berhutang beli susu'
Peluang miliki rumah kali pertama
Bantuan khas RM300 kepada penjawat awam, RM200 pesara
"Umpamanya, sektor pembuatan telah merosot di bawah paras 25 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP) yang bakal diumumkan pada bulan hadapan akan memacu semula perindustrian dan memangkin ekonomi baharu.
"Dalam jangka masa pendek, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang bakal dibentangkan di Parlimen akan memberi ruang untuk kerajaan membuat penilaian semula dan menyusun keutamaan, termasuk mengadun sebuah pertumbuhan jangka sederhana dengan dasar fiskal yang lebih mampan," jelasnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Jul 27 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. - Foto BERNAMA
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Ahli ekonomi saran regularisasi penyertaan pekerja asing di bawah Ekonomi Madani
Malaysia pada masa ini tidak memasukkan pekerja asing tanpa dokumen dalam pendapatan per kapitanya.
Ekonomi Madani: Perkasa sektor ekonomi digital, wujud pasaran lebih luas
Ekonomi digital memainkan peranan penting dalam konteks kerangka Ekonomi Madani dan hala tuju masa depan ekonomi negara yang boleh mewujudkan pasaran lebih luas kepada rakyat Malaysia.
Semak undang-undang: Pasukan petugas khas ditubuhkan - Azalina
Satu pasukan petugas khas dicadang untuk ditubuhkan bulan hadapan bagi menyemak hal-hal perundangan terutamanya dalam ruang lingkup pelaburan dan perniagaan.
KPKT garis langkah jamin kesejahteraan rakyat, peniaga selaras Ekonomi Madani
KPKT menyediakan jaminan kerajaan hingga RM5 bilion menerusi penambahbaikan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga 120 peratus.
Wujudkan agensi tunggal urus TVET menerusi Ekonomi Madani - NUTP
Pelbagai usaha diutarakan bagi memperkasakan TVET sebelum ini, namun hasilnya masih kurang memberangsangkan.
Kebebasan media harus diangkat, diperkasa - PM Anwar
Bagi memberikan rakyat berita dan maklumat yang adil dan benar, kebebasan media harus diangkat dan diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ekonomi Madani lonjak ekonomi Malaysia, tingkat kualiti hidup rakyat - PM Anwar
Ekonomi Madani, kerangka ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertujuan mengangkat semula ekonomi Malaysia.
RM10 juta untuk mudah cara proses pendaftaran taska, galak ibu kembali bekerja - PM Anwar
Usaha tuntas daripada aspek perundangan dan kawal selia serta program sokongan diperlukan bagi menggalakkan para ibu untuk kembali bekerja seterusnya merapatkan jurang jantina dalam pasaran buruh.
Konsep Payung Rahmah terus diperkukuh, perjuangan Salahuddin pembakar semangat - PM Anwar
Konsep Payung Rahmah akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ekonomi Madani: Kerajaan tumpu usaha tambah baik SSL, tingkat keterjaminan makanan - PM Anwar
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha untuk menambah baik Tahap Sara Diri (SSL) serta meningkatkan keterjaminan makanan.