awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eksekutif broker saham rugi RM1.24 juta ditipu sindiket 'phone scam'

Bernama
Bernama
03/07/2025
15:34 MYT
Eksekutif broker saham rugi RM1.24 juta ditipu sindiket 'phone scam'
Mangsa terperangkap dalam helah suspek yang menyamar sebagai pekerja syarikat penghantaran dan pegawai polis.
GEORGE TOWN: Seorang eksekutif broker saham kerugian RM1.24 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon atau phone scam yang menyamar sebagai pekerja syarikat penghantaran dan pegawai polis, bulan lepas.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata wanita berusia 47 tahun itu mendakwa menerima panggilan telefon pada 20 Jun lepas, memaklumkan terdapat bungkusan dari Kuching, Sarawak ke Terengganu yang menggunakan namanya telah ditahan polis.
"Panggilan kononnya disambung ke balai polis di Terengganu dan suspek yang menyamar sebagai pegawai polis memberitahu akaun bank mangsa disyaki terlibat kes pengubahan wang haram.
"Mangsa diarahkan untuk menyerahkan semua wang bagi tujuan audit atau waran tangkap akan dikeluarkan jika tidak berbuat demikian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Alwi berkata mangsa membuat 26 transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke lima akaun bank diberikan suspek dari 26 hingga 30 Jun.
Mangsa menyedari diperdaya selepas menceritakan perkara itu kepada ahli keluarganya dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut semalam.
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#phone scam
#mangsa kerugian
#suspek menyamar
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan