awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eksekutif jualan maut rempuh lori Propel berhampiran R&R Tapah

Bernama
Bernama
12/01/2017
14:28 MYT
Eksekutif jualan maut rempuh lori Propel berhampiran R&R Tapah
Seorang eksekutif jualan maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang sebuah lori Propel di PLUS. - Gambar hiasan
Seorang eksekutif jualan maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang sebuah lori Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) di KM334.6 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak DSP Mohd Mahiri Hussin berkata kemalangan kira-kira 5 petang itu menyebabkan Loh Chun Xian, 26, maut di tempat kejadian.
"Kejadian berlaku lima kilometer selepas kawasan Rehat dan Rawat Tapah. Difahamkan, lori Propel itu diletakkan di lorong kecemasan kerana pekerja-pekerja sedang menaikkan barangan ke dalam lori setelah selesai kerja di lebuh raya.
"Mangsa yang menaiki kereta Perodua Myvi datang dari arah utara telah terbabas dan melanggar belakang lori berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini. Kemalangan itu turut menyebabkan pemandu dan dua pekerja Propel mengalami kecederaan termasuk patah kaki dan tangan manakala dua lagi pekerja Propel tidak cedera.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JSPT
#Loh Chun Xian
#Perodua
#PROPEL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan