awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eksekutif syarikat rugi RM600,000 terperdaya pelaburan mata wang tidak wujud

Bernama
Bernama
04/07/2025
14:50 MYT
Eksekutif syarikat rugi RM600,000 terperdaya pelaburan mata wang tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran pelaburan yang diiklankan menerusi sebuah laman sesawang sekitar awal Mac lepas.
BINTULU: Seorang eksekutif syarikat berusia lingkungan 60-an kerugian kira-kira RM600,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan mata wang dalam talian tidak wujud.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata dalam kenyataan hari ini memaklumkan lelaki itu tertarik dengan tawaran pelaburan yang diiklankan menerusi sebuah laman sesawang sekitar awal Mac lepas.
"Mangsa telah melayari laman sesawang https://www.jpm-vip1.com/vip dan diarahkan oleh suspek untuk memuat turun aplikasi pelaburan palsu melalui pautan https://www.jpm-vip3.com.
"Suspek memperkenalkan diri sebagai wakil syarikat J.P. Morgan dan berjaya memperdayakan mangsa untuk membuat beberapa transaksi ke dalam akaun bank yang diberikan, melibatkan jumlah keseluruhan melebihi RM600,000," katanya.
Mancha berkata mangsa menyedari ditipu selepas suspek masih meminta bayaran tambahan untuk mengeluarkan keuntungan pelaburan dan setakat laporan polis dibuat, dia hanya berjaya mengeluarkan RM441.
Polis menasihati orang ramai agar tidak mudah terperdaya dengan tawaran pelaburan yang disebarkan melalui laman sosial serta membuat semakan latar belakang syarikat terlebih dahulu.
Orang ramai dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi seperti Whoscall, Check Scammers CCID, serta melayari laman portal http://semakmule.rmp.gov.my untuk membuat semakan nombor telefon dan akaun bank sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan, selain mengikuti media sosial rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM dan @CyberCrimeAlertRMP di Facebook, Instagram dan TikTok untuk mendapatkan maklumat serta modus operandi penipuan terkini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#pelaburan tidak wujud
#mangsa kerugian
#scam
#pelaburan mata wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan