AMPANG: Sebuah ekskavator dilaporkan tertimbus dalam runtuhan tanah di Taman Bukit Permai, di sini, pada Sabtu.
Seorang penduduk, Mohd Sharif Jiran, 61, berkata, kejadian disedari selepas terdengar bunyi bising dari lokasi kejadian sekitar jam 6.25 pagi.
Menurutnya, ketika itu dia baru selesai menunaikan solat subuh dan terdengar tanah runtuh dan pokok tumbang.
"Saya dengar tanah runtuh tapi tidak nampak jelas kerana hari masih gelap.
"Jam 7.55 pagi, sekali lagi ada dengar bunyi tanah runtuh dan apabila keluar, saya dapati ekskavator yang berada di lokasi kejadian telah jatuh dan tertimbus.
"Ekskavator itu berada di lokasi berkenaan sejak minggu lepas bagi kerja pengukuhan cerun.
"Sebelum ini beberapa kali kejadian tanah runtuh berlaku di sini dan terburuk Mac lalu sebelum kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan bagi kerja pengukuhan cerun di sini," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Mohamad Samat berkata, kejadian terbaharu itu dipercayai berpunca akibat hujan lebat pada petang Jumaat yang bermula jam 5.30 petang hingga 12 malam.
Katanya, tiada mangsa terlibat dan tiada pemindahan penduduk dilakukan susulan kejadian itu.
Tambahnya, kawasan itu sedang dalam pemantauan oleh jawatankuasa bencana negeri dan daerah dengan skop kerja pemulihan cerun dimulakan Mac lalu membabitkan kos RM16 juta.
"Bagaimanapun, susulan kejadian tanah runtuh pagi tadi, kerja pengukuhan cerun dihentikan sementara bagi memberi laluan kerja pembersihan lokasi runtuhan dan membina longkang sementara bagi melancarkan aliran air dari atas bukit bagi mengelak takungan yang boleh memberikan kesan lebih buruk di lokasi kejadian.
"Kerja pengukuhan cerun akan disambung selepas kerja pembersihan selesai.
"Setakat ini, pemerhatian saya mendapati kerja pengukuhan cerun sudah berjalan sebanyak 30 peratus dijangka siap hujung tahun ini," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 23 2022
Ekskavator yang terbalik sebelum tertimbus susulan kejadian tanah runtuh pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
Sadiq Khan dipilih Datuk Bandar London untuk penggal ketiga
Khan yang pertama kali dipilih pada 2016, menewaskan calon dari Parti Konservatif Susan Hall dengan kelebihan 276,000 undi.
Wai Ching muncul juara Kejohanan Larian Menara Dunia di Taipei 101
Atlet berusia 30 tahun itu merangkul kejuaraan itu dengan masa keseluruhan 18 minit dan 36.62 saat.
Pendekatan holistik perlu bagi reformasi pembangunan TVET
Malaysia memerlukan satu pendekatan holistik bagi mereformasikan pembangunan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan K
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Ekskavator tertimbus tanah runtuh di Taman Bukit Permai
Kejadian terbaharu itu dipercayai berpunca akibat hujan lebat pada petang Jumaat yang bermula jam 5.30 petang hingga 12 malam.