awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH

Bernama
Bernama
04/05/2024
23:00 MYT
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 NGO yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao. - Gambar hiasan/BERNAMA
HULU SELANGOR: Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu, 11 Mei ini.
Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Sabtu.
Antara NGO berkenaan adalah Kuala Kubu Bahru Hindu Sanggam, Pertubuhan Kebajikan Komuniti Muhibah Hulu Selangor, Persatuan Penduduk Taman Musabika, Pertubuhan Kesenian dan Kebudayaan Hulu Bernam, Kuil Sri Maha Mariamman, Batu 4, Ladang Sungai Jernih dan Kuil Sri Maha Mariamman, Batu 5, Kuala Kerling.
Turut menyokong adalah Pertubuhan Sosial dan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Selangor, Persatuan Perpaduan Hulu Selangor, Persatuan Belia Sinaran Suria Hulu Selangor, Kelab Bola Sepak BKB, Persatuan Pembanguan Masyarakat India Felda Gedangsa, Persatuan Pembangunan Minda Kebangsaan dan Pusat Sivanantha Divine Life Society Kuala Kubu Bahru.
PRK KKB, yang bermula 27 April lepas, menyaksikan Pang ditentang oleh Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) serta Nyau Ke Xin (Bebas).
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Kuala Kubu Baharu di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kuala Kubu Baharu
#NGO India
#Pakatan Harapan
#Pang Sock Tao
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan