awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekspo Pelancongan dan Makanan Halal platform PMKS terokai potensi baharu pasaran

Bernama
Bernama
22/08/2024
21:50 MYT
Ekspo Pelancongan dan Makanan Halal platform PMKS terokai potensi baharu pasaran
Ewon berucap pada majlis perasmian Ekspo Pelancongan dan Makanan Halal di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur, 22 Ogos 2024. - Facebook Ewon
KUALA LUMPUR: Ekspo Pelancongan dan Makanan Halal yang berlangsung di Menara Kembar Bank Rakyat di sini dari 21 hingga 25 Ogos ini menjadi platform terbaik untuk pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerokai potensi baharu sektor pelancongan dan makanan halal dalam negara.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata ekspo selama lima hari anjuran Bank Rakyat itu juga dapat meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan jalinan perniagaan menerusi pemasaran produk halal kepada masyarakat.
"Ekspo ini juga menjadi platform strategik yang memberi peluang kepada pemain industri dan masyarakat untuk meneroka produk pelancongan yang ditawarkan dengan promosi menarik, sekali gus merancakkan industri pelancongan tempatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian ekspo itu yang turut dihadiri timbalannya Datuk R. Ramanan dan Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak di sini semalam.
Berkonsepkan beli-belah tanpa tunai, ekspo itu menampilkan lebih 150 agensi pelancongan dan perniagaan makanan halal seperti Tourism Malaysia, Islamic Tourism Centre, Ezydurian, Mamasab dan Mak Jenny.
Bank Rakyat turut menawarkan kemudahan pelan tanpa ansuran sehingga 36 bulan menerusi Kad Kredit-i Bank Rakyat bagi pembelian pakej pelancongan yang ditawarkan agensi terlibat dalam ekspo itu.
Sementara itu, Mohd Irwan berkata penganjuran ekspo itu mencerminkan komitmen berterusan Bank Rakyat dalam menggalakkan amalan inisiatif tanpa tunai.
"Inisiatif ini juga manifestasi kita dalam menyokong dan merancakkan industri pelancongan dan makanan halal dalam negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ekspo Pelancongan dan Makanan Halal
#Ewon Benedick
#PMKS
#Bank Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan