awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Festival Muzikal Air akan disesuaikan - Zahid Hamidi
Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
Arab Saudi gantung kontrak 1,800 agensi pelancongan umrah asing kerana tidak patuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eksport LNG di Bintulu tidak terjejas, langkah keselamatan diperkukuh - PM Anwar

Bernama
Bernama
11/09/2025
15:45 MYT
Eksport LNG di Bintulu tidak terjejas, langkah keselamatan diperkukuh - PM Anwar
Anwar berkata setakat ini tiada penurunan dalam permintaan eksport LNG, kerana langkah kawalan keselamatan telah dilaksanakan sepenuhnya di kawasan strategik berkenaan. - Gambar Bernama
KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan operasi eksport gas asli cecair (LNG) di Bintulu tidak terjejas, meskipun terdapat isu keselamatan yang timbul baru-baru ini.
Anwar berkata setakat ini tiada penurunan dalam permintaan eksport LNG, kerana langkah kawalan keselamatan telah dilaksanakan sepenuhnya di kawasan strategik berkenaan.
"Setakat ini tidak timbul isu penurunan permintaan eksport. Ia dipandang serius kerana kawasan itu sangat strategik dan berbahaya jika berlaku ancaman.
"Apabila terdapat ugutan, Petronas memaklumkan kepada saya dan kita telah mengerahkan pasukan polis serta keselamatan untuk mengawal keadaan sepenuhnya," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Sarawak di sini hari ini.
Media pada Isnin melaporkan kerajaan mengarahkan semua fasiliti LNG milik Petronas mengetatkan kawalan keselamatan serta-merta, susulan ugutan diterima seorang pegawainya di Bintulu bagi membolehkan siasatan segera dilakukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#LNG
#pasukan polis
#permintaan eksport
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan