PUTRAJAYA: Enam empangan air yang terletak di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah ketika ini, tetapi ia masih berada di atas daripada paras kritikal, menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
SPAN dalam kenyataan hari ini berkata empangan itu ialah Empangan Timah Tasoh di Perlis; Empangan Sungai Muda, Empangan Pedu dan Empangan Beris di Kedah; serta Empangan Ayer Itam dan Empangan Telok Bahang di Pulau Pinang.
Katanya air empangan utama di Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan serta kebanyakan empangan di Johor pula masih berada pada paras maksimum atau melebihi 90 peratus, dan semua empangan itu akan terus dipantau dengan rapi kerana ia terdedah kepada risiko kemarau.
Menurut SPAN berdasarkan pengalaman kejadian El Nino pada 2015 hingga 2016, beberapa negeri dikenal pasti lebih mudah dipengaruhi oleh impak El Nino, antaranya Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.
El-Nino berlaku akibat peningkatan suhu Lautan Pasifik secara mendadak, sekaligus akan mengakibatkan perubahan kepada sistem iklim terutamanya peningkatan suhu di permukaan dan pengurangan jumlah taburan hujan di Malaysia.
SPAN berkata menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, kebarangkalian berlakunya El Nino adalah sekitar 57 peratus pada Jun hingga September ini dan meningkat kepada 62 peratus pada September hingga November ini.
Menurutnya pada masa ini hanya beberapa kawasan setempat mengalami gangguan bekalan air akibat kerja-kerja naik taraf sistem bekalan air, penyelenggaraan berjadual di loji rawatan air yang berkenaan atau disebabkan oleh kejadian paip pecah, dan SPAN telah mengarahkan semua operator air negeri mengambil langkah-langkah tertentu bagi menangani risiko gangguan bekalan air akibat kemarau.
Antaranya dengan memantau kecukupan sumber bekalan air mentah, menyediakan pelan persediaan bagi menghantar lori-lori tangki ke kawasan tertentu apabila diperlukan, menempatkan tangki-tangki statik di kawasan kritikal, bersiap siaga dengan jentera, kenderaan, kelengkapan dan tenaga kerja bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan segera jika berlaku kerosakan di loji atau insiden paip pecah.
"Sekiranya perlu, bantuan penghantaran lori tangki berserta tenaga kerja daripada operator-operator air di negeri lain, bagi mengurangkan impak kekurangan bekalan air di suatu negeri," kata SPAN.
SPAN berkata usaha itu adalah selaras dengan "Memorandum Persefahaman Mengenai Kerjasama Di Antara SPAN Dan Operator-operator Bekalan Air Semasa Menghadapi Krisis Air" yang telah ditandatangani oleh semua operator air di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Seterusnya SPAN seterusnya menasihatkan pengguna supaya berhemah dalam menggunakan air dan tidak membazir supaya sumber air yang ada akan dapat bertahan lebih lama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2023
Empangan yang menunjukkan penurunan paras air ialah Empangan Timah Tasoh di Perlis; Empangan Sungai Muda, Empangan Pedu dan Empangan Beris di Kedah; serta Empangan Ayer Itam dan Empangan Telok Bahang di Pulau Pinang. - Gambar fail
Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan.
AWANI Ringkas: PM: Kerajaan belum ada keputusan muktamad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.
Lapan tahun rogol anak, suami isteri ditahan
Hasil siasatan awal dapati kejadian berlaku sejak tahun 2016 sehinggalah kejadian terbaru pada tahun 2024 dan semua kejadian berlaku dalam bilik rumahnya di Kampung Chuah, Port Dickson.
Dakwaan Subsidi: PM tegaskan kerajaan belum buat keputusan
Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Ibu bapa boleh daftarkan anak-anak yang berusia 10 hingga 12 tahun secara percuma melalui web rasmi www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton atau boleh juga walk-in pada tarikh yang ditetapkan di lokasi berdekatan anda.
Panama bersedia untuk Pemilihan Presiden
Rakyat Panama berharap pilihan raya itu akan membawa perubahan dalam kepimpinan negara.
Kabinet belum bincang isu kenaikan harga petrol, diesel - PM
Laporan negatif media asing berhubung isu itu dilihat dibuat tanpa fakta sahih yang disemak terlebih dahulu.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu
Bekalan lembu dan kambing bagi keperluan sambutan Aildiladha adalah mencukupi biarpun negara berhadapan cuaca panas susulan fenomena El Nino.
Cuaca panas: Felda Tenang, Felda Belara rekod suhu lebih 37 darjah Celsius
Dua lokasi tersebut mencatatkan suhu terendah 37.3 darjah Celcius sementara suhu tertinggi 38.3 darjah Celcius.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.
Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan
Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli pam-pam baharu bagi kegunaan para petani dan pesawah di Kelantan.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Dunia rekodkan suhu terpanas sejak 1850
Punca utama haba luar biasa adalah pelepasan gas rumah hijau yang disebabkan oleh manusia, kata Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus EU.
Proses pembenihan awan hasilkan 67 peratus hujan di Sabah
Proses pembenihan awan yang dijalankan selama tiga hari bermula Khamis lepas di tiga daerah di Sabah berjaya menghasilkan 67 peratus hujan, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Kawasan di Tampin, Jempol rekod tanpa hujan 13 hari berturut-turut
Beberapa kawasan di Tampin dan Jempol merekodkan ketiadaan hujan hingga 13 hari berturut-turut akibat fenomena El Nino kali ini.