awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elak berkunjung ke Yala, Narathiwat dan Pattani buat masa ini - Wisma Putra

Firdaus Azil
Firdaus Azil
09/03/2025
08:45 MYT
Elak berkunjung ke Yala, Narathiwat dan Pattani buat masa ini - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri menggesa rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan tidak penting ke Yala, Narathiwat, dan Pattani susulan insiden keselamatan baru-baru ini. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam satu kenyataan pada Ahad menggesa rakyat Malaysia untuk menangguhkan perjalanan tidak penting ke Yala, Narathiwat, dan Pattani buat masa ini.

Ringkasan AI
  • Kementerian Luar Negeri menggesa rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan tidak penting ke Yala, Narathiwat, dan Pattani susulan insiden keselamatan baru-baru ini.
  • Warganegara Malaysia yang berada di wilayah tersebut dinasihatkan untuk berhati-hati, berwaspada, dan mendaftarkan keberadaan mereka dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.
  • Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla boleh dihubungi melalui nombor telefon 6674 311 062 / 6674 316 274 atau 6693 657 0707 (kecemasan sahaja) dan e-mel [email protected].

Susulan insiden keselamatan di wilayah terbabit baru-baru ini, Kementerian berkata, ia turut memantau rapat situasi semasa melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.
Warganegara Malaysia yang akan dan sedang berada di ketiga-tiga wilayah tersebut turut dinasihatkan untuk mengambil langkah berhati-hati dan sentiasa berwaspada.
Sebagai langkah berjaga-jaga, Wisma Putra berkata, warganegara Malaysia yang berada di wilayah berkenaan adalah dinasihatkan untuk mendaftarkan keberadaan dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.
Sekiranya berlaku kecemasan, warganegara Malaysia boleh berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla melalui butiran yang tertera
KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI SONGKHLA Alamat: No. 4, Sukhum Road Muang District Songkhla Province Thailand Nombor telefon: +6674 311 062 / +6674 316 274 +6693 657 0707 (kecemasan sahaja) E-mel: [email protected]
Media sebelum ini melaporkan dua sukarelawan polis dilapor maut, manakala lapan lagi cedera dalam kejadian serangan bersenjata dan letupan bom di hadapan Pejabat Daerah Sungai Golok pada Sabtu.
Serangan berlaku kira-kira sejam selepas umat Islam di wilayah selatan Thailand itu berbuka puasa.
Topic Berkaitan
#letupan bom
#Sungai Golok
#Kementerian Luar
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan