MALAYSIA
Elak kesilapan lampau RMK, Belanjawan tidak selari - Penganalisis

RMK13 merupakan pelan pembangunan sosioekonomi negara untuk tempoh 2026 hingga 2030, bertujuan menetapkan keutamaan dasar, peruntukan belanjawan dan projek utama yang akan dilaksanakan kerajaan. - foto/Kementerian Ekonomi
KUALA LUMPUR: Belanjawan tahunan kerajaan yang tidak selari dengan Rancangan Malaysia telah menyebabkan jurang bandar dan luar bandar melebar.
Ringkasan AI
- Ketidaksesuaian antara belanjawan tahunan dan pelan lima tahun menyebabkan pelaksanaan RMK12 terganggu, sekali gus memperbesar jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.Kerap bertukar kerajaan sejak pandemik COVID-19 menyebabkan banyak pelan pembangunan tidak dilaksanakan dengan sempurna, menjejaskan impak Rancangan Malaysia.Jurang boleh dirapatkan jika dasar dirangka melalui forum terbuka yang melibatkan suara rakyat, bukan sekadar bergantung kepada media sosial yang penuh spekulasi dan komen negatif.
“Apabila kita lihat belanjawan tahun ke tahun, ia tidak selari dengan Rancangan Malaysia. Kita lihat tidak ada kesinambungan. Rancangan Malaysia adalah untuk lima tahun, maka seharusnya belanjawan setiap tahun perlu diteliti semula sama ada ia mampu untuk memenuhi Rancangan Malaysia tersebut.
“Saya juga hendak sebut bahawa sejak pandemik COVID-19, kita bertukar kerajaan sebanyak tiga kali. Kita nampak kebanyakan pelan dalam RMK ke-12 tidak dilaksanakan dengan sempurna. Sekarang masalahnya jurang antara bandar dan luar bandar semakin meningkat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.
Elak kesilapan lampau RMK, Belanjawan tidak selari - Penganalisis
Dalam temu bual sama, Pengarah Eksekutif Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA) Universiti Malaya (UM), Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff pula berpandangan jurang bandar-luar bandar boleh dirapatkan sekiranya dasar yang dirangka melibatkan rakyat melalui forum terbuka.“Jurang ini berlaku kerana hasrat rakyat tidak dapat utarakan dan dikongsikan. Apabila rakyat tidak ada forum untuk bincang secara sihat, rakyat akan banjiri media sosial dengan komen bersifat spekulasi dan bersifat negatif. Oleh itu, wacana awam ini perlu kita raikan dan diwujudkan lebih banyak,” ujarnya.
RMK13 merupakan pelan pembangunan sosioekonomi negara untuk tempoh 2026 hingga 2030, bertujuan menetapkan keutamaan dasar, peruntukan belanjawan dan projek utama yang akan dilaksanakan kerajaan.
Dialog Poket Rakyat: RMK13 | Cabaran kerangka pembangunan masa hadapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami