KUALA LUMPUR: Gelagat dan telatah anak-anak kecil sudah pasti menjadi tumpuan ketika Hari Raya Aidilfitri kerana merekalah yang memeriahkan suasana.
Tidak sah jika mereka tidak dikerumuni, disentuh, dipeluk atau dicium oleh orang dewasa apabila berjumpa.
Namun, tindakan sentuh, peluk, cium anak-anak kecil ini kadang-kala mengundang padah kerana terdapat risiko penyakit yang sukar dijangka datang menghinggap.
Menurut Pakar Perunding Pediatrik dan Pediatrik Nefrologi Hospital Selayang, Dr Selva Kumar Sivapunniam, terdapat tiga faktor utama yang menyumbang kemasukan anak-anak kecil ke hospital semasa musim perayaan.
"Sering kali musim perayaan, kebanyakan anak-anak kecil akan hadir ke Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak pada hari raya kedua dan ketiga.
"Kebanyakan mereka hadir disebabkan jangkitan kuman atau virus seperti selesema, influenza dan jangkitan paru-paru (pneumonia).
"Faktor kedua pula melibatkan penyakit berkaitan dengan usus seperti cirit-birit dan muntah disebabkan keracunan makanan," katanya kepada Astro AWANI dalam temu bual, baru-baru ini.
Selain itu, Dr. Selva Kumar yang juga Ketua Kepakaran Pediatrik Negeri Selangor itu berkata, faktor ketiga pula melibatkan kecederaan fizikal.
"Antara kemalangan yang sering menimpa golongan ini seperti jatuh pokok, lemas, dibiarkan dalam kereta sendirian, terkena mercun serta terdedah kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama.
"Bila ada kumpulan yang ramai berkumpul, risiko untuk mendapat penyakit berjangkit melalui sentuhan, permukaan atau titisan udara," ujarnya.
Dalam pada itu, Dr. Selva Kumar menasihati golongan dewasa untuk tidak menyentuh, mencium atau memeluk anak-anak kecil dengan sesuka hati.
Ini kerana, jelas beliau, anak-anak kecil mempunyai ketahanan diri yang rendah berbanding dewasa dan mudah mendapat penyakit melalui jangkitan.
"Orang dewasa sering ada kuman, virus dan sebagainya, tetapi kita tidak menunjukkan simptom. Anak-anak terutamanya yang mempunyai ketahanan diri rendah atau penyakit kronik senang mendapat jangkitan kuman," katanya.
Justeru itu, Dr. Selva Kumar menasihati ibu bapa yang mempunyai anak kecil untuk sentiasa berwaspada sepanjang musim perayaan.
Tambah beliau, golongan dewasa mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keselamatan anak-anak kecil diutamakan di sebalik keghairahan menyambut lebaran.
"Bayi yang kurang daripada setahun dan paling penting di bawah tiga bulan sering mendapat jangkitan kuman dan jika terkena mereka pasti tenat dan perlu masuk hospital.
"Jika kita sayangkan anak, cucu, saudara-mara maka elakkan dulu sentuh, cium, peluk. Biarlah dia besar sedikit dan kalau nak juga, amalkan kebersihan diri yang sebelum berjumpa anak-anak kecil," katanya.
Tambah Dr. Selva, orang dewasa perlu mengamalkan langkah kebersihan diri yang betul seperti kerap membasuh tangan, etika batuk yang betul dan jika perlu memakai pelitup muka untuk langkah keselamatan yang lebih baik.
Dr Selva juga menggesa ibu bapa untuk memastikan kanak-kanak mendapatkan nutrisi yang baik dan semua vaksinasi diberikan, jika boleh dapatkan vaksinasi untuk influenza bagi orang dewasa dan kanak-kanak lebih dari 6 bulan.
Tambahnya lagi, pada musim panas ini, pastikan kanak-kanak sentiasa mendapat hidrasi yang secukupnya.
Afiezy Azaman
Thu Apr 11 2024
Dr Selva Kumar berkata, tindakan sentuh, peluk, cium anak-anak kecil ini kadang-kala mengundang padah kerana terdapat risiko penyakit yang sukar dijangka datang menghinggap.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka
Sebanyak 1,379 kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, kebun, belukar dan sampah direkodkan di Kelantan bermula Januari hingga Isnin lepas (6 Mei).
Saya akan rindu nyanyian ‘live’ Hail Amir - Lufti Ameer
Kesihatan Datuk Hail Amir sebelum ini dalam keadaan baik malah sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang baru-baru ini.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Tembakan di KLIA: 'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan
Mengikut jadual asal pengawal peribadi yang mesra disapa ramai dengan panggilan 'Along' itu tidak seharusnya bekerja semalam.
Jamuan Aidilfitri komuniti Taiping, 'potluck' sambil berkelah
Lebih istimewa apabila masing-masing yang hadir segak mengenakan pakaian kebangsaan baju Melayu dan baju kurung.
Dewasa bergejala elak peluk, cium anak kecil semasa beraya - Pakar Pediatrik
Golongan dewasa yan dinasihat untuk tidak menyentuh, mencium atau memeluk anak-anak kecil dengan sesuka hati.
Rakyat Malaysia di Bangkok sambut Aidilfitri dengan keluarga, rakan
Kedutaan Besar Malaysia di Thailand anjur majlis makan tengah hari bersama kakitangannya dan tetamu jemputan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Shila Amzah terbuka menerima kunjungan ibu dan adik nak datang beraya - “Andai kata mama dan Syada mahu...”
Penyanyi Shila Amzah memberitahu dia terbuka menerima kehadiran ibu dan adik-beradiknya untuk datang ke rumah sempena Hari Raya Aidilfitri.
Aidilfitri: Tangani soalan 'panas', tetap matlamat komunikasi menggembirakan
Tanpa sedar, soalan diutarakan mengguris hati, seterusnya mengganggu emosi dan menjejaskan silaturrahim.