SHAH ALAM: Tekanan yang dibuat terhadap Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) sejak kebelakangan ini tidak sesekali melunturkan semangat kepimpinan dan ahli Pas.
Sebaliknya, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia mengingatkan partinya erti sunnatullah dalam perjuangan yang penuh mehnah atau ujian.
Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, pihaknya juga sentiasa mengalu-alukan sebarang saranan serta turut membuka ruang penambahbaikan demi kesejahteraan semua pihak.
"Sekuat mana pun ujian dan gangguan, Pas semakin membesar dan matang di persada negara. Pas sentiasa menjadi rujukan oleh kebanyakan ilmuan.
"Institusi ini ialah jihad pendidikan yang dilakukan Pas untuk negara dan dengan bantuan ALLAH SWT ia diterima baik kebanyakan masyarakat," katanya menerusi hantaran di X pada Sabtu.
Menerusi hantaran itu, Tuan Ibrahim turut berkongsi beberapa keping gambar sekitar majlis berbuka puasa dan pemberian sumbangan bersama guru Pasti di Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.
Sebelum ini, tular memo daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia mengenai satu arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti selain SRITI dan SMITI yang didakwa membayar gaji rendah kepada kakitangan di bawah daripada kadar gaji minimum iaitu RM1,500.
Susulan itu, pelbagai pihak memberi reaksi termasuk meminta agar isu berkaitan gaji kakitangan di pusat pendidikan seliaan Pas itu diteliti semula.
Sementara itu, Tuan Ibrahim pada masa sama turut mengakui partinya tidak pernah bebas daripada tekanan dan gangguan.
Malah katanya, bekas Mursyidul Am Pas, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang juga menerima ujian dan cercaan pihak yang tidak sealiran dengan mereka.
"Banyak pimpinan dan ahli Pas dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dek kerana bersama menggerakkan perjuangan Pas," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 24 2024
Tuan Ibrahim berkata, ia mengingatkan partinya erti sunnatullah dalam perjuangan yang penuh mehnah atau ujian. - Foto Bernama
Komuniti perniagaan perlu teroka pelaburan baharu di Kazakhstan - PM Anwar
Komuniti perniagaan perlu terus meneroka peluang perniagaan dan pelaburan baharu di Kazakhstan, negara terbesar di Asia Tengah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Peruntukan RM320 juta diperoleh Julai
Peruntukan RM320 juta yang diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tujuan penyelesaian jangka pendek isu masalah bekalan air di Sabah dijangka akan diperoleh pada Julai tahun ini.
Tiada kompromi isu tuntutan 40 peratus hasil negeri
Kerajaan negeri menegaskan untuk tidak akan berkompromi terhadap isu tuntutan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini, seperti terkandung dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Pengasingan kuasa AG, Pendakwa Raya harap selesai tahun ini
Semua pihak mempunyai hak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah.
Keuntungan bersih Maxis meningkat kepada RM353 juta pada suku pertama 2024
Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat kepada RM353 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024.
Tak perlu lagi redah perjalanan lebih sejam ke klinik
Penduduk Kampung Togop Darat 1 di Ranau, Sabah sebelum ini terpaksa membuat perjalanan lebih satu jam untuk ke pekan terdekat bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Saya ingat orang buat cerita - Bapa
Pada awalnya Ahmad Said Md Piah, 65, menyangka berita mengenai
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Elaun guru Pasti: Pas buka ruang penambahbaikan
Tekanan dibuat terhadap Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) sejak kebelakangan ini tidak sesekali melunturkan semangat kepimpinan dan ahli Pas.