KUALA LUMPUR: Subsidi bersasar penggunaan elektrik bagi golongan T20 berasaskan pendapatan akan diumumkan selepas sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dijangka siap hujung tahun ini.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ketika ini, subsidi diberikan berdasarkan kategori jumlah unit elektrik (kWj) pengguna dan bukannya berasaskan pendapatan.
Sehubungan itu katanya, apabila dengan sistem PADU siap sepenuhnya, subsidi bersasar kepada pengguna T20 berasaskan pendapatan mereka dapat dilaksanakan.
"Kalau T20 kita anggap rumah mereka ada lima, enam penyaman udara, ada pengering serta banyak kelengkapan lain dan bil elektrik mereka cecah RM500 hingga RM700 atau lebih.
"Tidak patutlah mereka dapat subsidi yang lebih berbanding golongan lain, kerana ia (subsidi) berdasarkan penggunaan, jadi mereka (T20) yang nikmati lebih banyak subsidi ringgit berbanding pengguna M40 dan B40, secara prinsipnya ini tidak adil," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat hari ini.
Nik Nazmi juga bersetuju penggunaan tenaga solar wajar digalakkan kepada golongan T20, bagaimanapun harga tenaga boleh diperbaharui itu mestilah pada harga pasaran yang sesuai dan boleh bersaing dengan tenaga elektrik konvensional.
Beliau menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang meminta penjelasan berhubung pemansuhan subsidi elektrik bagi T20 serta sama ada kerajaan akan menggalakkan golongan itu menggunakan tenaga solar sebagai sumber alternatif elektrik.
Menjawab soalan asal Khoo berhubung jumlah perbelanjaan subsidi yang dijimatkan ekoran pelarasan Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) pada Januari 2023, Nik Nazmi berkata penjimatan subsidi adalah sebanyak RM5.4 bilion bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun dan kos itu telah dilepaskan kepada pengguna secara bersasar.
"Kos ICPT bagi tempoh Julai hingga Disember 2022 sebanyak RM16.16 bilion bersamaan kadar surcaj 27 sen/kWj yang sepatutnya dilepaskan kepada semua pengguna bagi tempoh Januari hingga Jun 2023.
"Bagaimanapun, kerajaan bersetuju mengekalkan rebat 2 sen/kWj kepada pengguna domestik dan surcaj 3.70 sen/kWj pengguna bukan domestik dalam kategori voltan rendah (tarif B dan D) serta kategori pertanian spesifik (tarif H, H1, dan H2) bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2023.
"Pengguna bukan domestik yang lain dikenakan surcaj pada kadar 20 sen/kWj bagi tempoh yang sama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2023
NIK NAZMI: Kalau T20 kita anggap rumah mereka ada lima, enam penyaman udara, ada pengering serta banyak kelengkapan lain dan bil elektrik mereka cecah RM500 hingga RM700 atau lebih. -Gambar fail/Bernama
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Ghebreyesus, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
Penumpang harap banjir cepat pulih, hanya mahu pulang
Penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE mengharapkan cuaca lebih baik, banjir pulih supaya merekatidak lagi terkandas tetapi dapat menaiki pesawat dan pulang ke kampung halaman.
Ribut kencang, banjir besar badai Asia Barat
Hujan lebat yang melanda Asia Barat sejak dua hari lalu melumpuhkan bandar kewangan Dubai, menyebabkan banjir kilat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Bahrain dan mengorbankan lebih 18 nyawa di Oman.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
AWANI Ringkas: Susulan letusan Gunung Berapi Ruang di Indonesia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Pakar Ekonomi
Komunikasi yang berkesan dan efektif perlu dilakukan kerajaan seiring reformasi ekonomi yang sedang dilaksanakan ketika ini. Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Dana Pembangkang: Kerajaan mula langkah ke arah politik matang - Pakar
Kesediaan Kerajaan Perpaduan untuk membincangkan peruntukkan kepada ahli parlimen pembangkang seharusnya membuka lembaran baharu politik matang dalam negara.
TikTok akan halang akaun kerap langgar terma daripada saranan For You
Sistem halangan kandungan ini akan berkuat kuasa 17 Mei depan.
Gema hari ketiga isu kelestarian dan kemampanan alam
Wartawan Astro AWANI membawakan lintas langsung Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) hari ketiga di mana ia terus menumpukan kepada soal isu kelestarian dan kemampanan alam demi generasi akan datang.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.