X DI BAWAH Elon Musk sedia menyatakan akan memfokuskan kepada kandungan video pada tahun ini, selain turut menyatakan interaksi dengan kandungan video semakin meningkat dari hari ke hari pada platform berkenaan.
Selari dengannya juga, kini Elon Musk dijangka memperkenalkan aplikasi X untuk televisyen pintar – khususnya Amazon dan Samsung seawal minggu hadapan.
Dengan langkah ini, X akan menggalakkan pengguna untuk menonton video berdurasi lama melalui kaca televisyen – di mana secara tidak langsung akan turut menambah kandungan video panjang pada platform berkenaan.
X sendiri turut telah mula mendapatkan beberapa kandungan eksklusif untuk platform berkenaan.
Mengikut beberapa perkongsian awal, aplikasi untuk televisyen oleh X dikatakan menyerupai penawaran aplikasi YouTube di kaca televisyen.
Dengan perkembangan terbaharu ini, sama-sama kita nantikan pengenalan aplikasi berkenaan, dan bagaimana ia akan memberikan impak dalam penawaran kandungan video di platform tersebut. -Amanz
Amanz
Sun Mar 10 2024
Elon Musk dijangka memperkenalkan aplikasi X untuk televisyen pintar – khususnya Amazon dan Samsung seawal minggu hadapan. -Amanz
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Elon Musk mungkin kenakan caj untuk pengguna X baharu, sebelum boleh lakukan perkongsian
Ia dikatakan mungkin adalah satu-satunya cara mengatasi masalah bot spam, apatah lagi dengan pelbagai kebolehan teknologi AI.
Lebih 10 peratus pekerja Tesla di seluruh dunia diberhentikan
Tesla memberhentikan lebih 10 peratus tenaga kerja globalnya akibat penurunan jualan dan perang harga yang meningkat untuk kenderaan elektrik (EV).
X akan buang ciri sorok calit biru
X mula beri notifikasi bahawa ciri menyorokkan calit ini akan dihentikan dalam masa terdekat. Ia muncul dalam tetapan pelanggan X Premium.
Elon Musk sasar pengenalan Tesla Robotaxi pada 8 Ogos
Musk berkongsi mengenainya selepas Reuters melaporkan Tesla membatalkan pembangunan kereta mampu milik mereka disebabkan persaingan bersama syarikat pengeluar lain.
Di tangga ketiga manusia paling kaya dunia, Zuckerberg kini atasi Musk
Mark Zuckerberg mempunyai nilai kekayaan mencapai $187 bilion, mengatasi Elon Musk dengan nilai kekayaan $181 bilion.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
Lelaki lumpuh guna implan otak kawal komputer dengan fikiran
Seorang lelaki yang keempat-empat anggota tubuhnya menjadi lumpuh mampu mengawal komputer hanya menggunakan fikirannya.
Musk pertahan diri ambil dadah
ELON Musk menganggap penggunaan dadah oleh dirinya sendiri memberi manfaat kepada pelabur Tesla dalam satu temu bual disiarkan pada Isnin.