ELON Musk kini berkongsi melalui X, mengatakan akan memperkenalkan Tesla Robotaxi pada 8 Ogos ini.
Tiada maklumat lanjut berkaitan dengannya dikongsikan buat masa ini.
Elon Musk berkongsi mengenainya selepas Reuters melaporkan Tesla membatalkan pembangunan kereta mampu milik mereka disebabkan persaingan bersama syarikat pengeluar lain – dan ia mungkin diposisikan semula di bawah perkhidmatan robo-teksi.
Sebelum ini, Elon Musk pernah menyatakan mereka akan membangunkan kebolehan swapandu untuk kenderaan Tesla, sekali gus membolehkan para pemilik Tesla mengaktifkan ciri berkenaan dan menjana pendapatan dengan menjadikan kenderaan mereka sebagai robo-teksi.
Dengan pengumuman ini juga, kita mungkin melihat Tesla mempertontonkan kebolehan pemanduan swapandu pada kereta mereka, salah satu yang dinantikan ramai sehingga ke hari ini.
Sama-sama kita nantikan sekitar 4 bulan lagi untuk melihat apakah yang akan ditawarkan oleh Tesla.
Pada hari ini, subsidiari di bawah Google, iaitu Waymo sedia menawarkan perkhidmatan mereka di beberapa lokasi.
Selain itu, Baidu di China juga turut menawarkan perkhidmatan robo-teksi. -Amanz
Amanz
Sun Apr 07 2024
Musk umum akan memperkenalkan Tesla Robotaxi pada 8 Ogos ini. -Amanz
10 Berita Pilihan - (21 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.
Buletin AWANI Khas: Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung diskusi sempena Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Buletin AWANI Khas, bersama Penasihat Penyelidikan, Khazanah Research Institute, Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram.
Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA
Insiden melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan tujuh penumpang lain berada dalam status kritikal akibat kecederaan yang dialami.
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Jangan perkenalkan dasar yang bebankan rakyat miskin - PM
Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang. Timbunan hutang hanya membazirkan wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang.
[TERKINI] Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
X kini beralih kepada domain X.com, tidak lagi guna jenama Twitter
https://amanz.my/2024454834/
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Elon Musk mungkin kenakan caj untuk pengguna X baharu, sebelum boleh lakukan perkongsian
Ia dikatakan mungkin adalah satu-satunya cara mengatasi masalah bot spam, apatah lagi dengan pelbagai kebolehan teknologi AI.
Lebih 10 peratus pekerja Tesla di seluruh dunia diberhentikan
Tesla memberhentikan lebih 10 peratus tenaga kerja globalnya akibat penurunan jualan dan perang harga yang meningkat untuk kenderaan elektrik (EV).
X akan buang ciri sorok calit biru
X mula beri notifikasi bahawa ciri menyorokkan calit ini akan dihentikan dalam masa terdekat. Ia muncul dalam tetapan pelanggan X Premium.
Elon Musk sasar pengenalan Tesla Robotaxi pada 8 Ogos
Musk berkongsi mengenainya selepas Reuters melaporkan Tesla membatalkan pembangunan kereta mampu milik mereka disebabkan persaingan bersama syarikat pengeluar lain.
Di tangga ketiga manusia paling kaya dunia, Zuckerberg kini atasi Musk
Mark Zuckerberg mempunyai nilai kekayaan mencapai $187 bilion, mengatasi Elon Musk dengan nilai kekayaan $181 bilion.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.