awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Emir Qatar tiba untuk lawatan negara

Bernama
Bernama
15/10/2017
14:20 MYT
Emir Qatar tiba untuk lawatan negara
Lawatan ini ialah atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dan in merupakan lawatan pertama oleh baginda sejak lawatan negara terakhir yang dilakukan oleh ayahandanya. - Bernama
Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani tiba di sini malam ini untuk melakukan lawatan sulung selama dua hari ke negara ini.
Pesawat yang membawa Emir Qatar dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini pada 8.45 malam.
Di Kompleks Bunga Raya KLIA, Sheikh Tamim, yang menaiki takhta pada 25 Jun, 2013, sebagai Emir Qatar kelapan, disambut oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Lawatan ini ialah atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dan in merupakan lawatan pertama oleh baginda sejak lawatan negara terakhir yang dilakukan oleh ayahandanya Sheikh Hamad Khalifa Al Thani pada Mei 2009.
Menurut Wisma Putra, lawatan tersebut memberi peluang kepada pemimpin kedua-dua negara untuk membincangkan isu-isu dua hala dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu kepentingan bersama.
Sebagai sebahagian daripada lawatan, Sheikh Tamim akan diberi sambutan negara di bangunan Parlimen pagi esok sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, dan kemudian menghadiri majlis santapan negara di Istana Negara pada sebelah malam.
Sheikh Tamim juga dijadual bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana, Putrajaya pada hari yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Emir Qatar
#Hishammuddin Hussein
#KLIA
#Lawatan Negara
#lawatan rasmi
#Sheikh Tamim Hamad Al Thani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan