awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022

Bernama
Bernama
28/05/2023
16:29 MYT
Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Mohd Zuki (dua dari kiri) menyampaikan Sijil Penarafan Malaysian Government Performance Index (MyGPI) Tahun 2022 di Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Sebanyak empat agensi berjaya mencapai kategori platinum dengan skor markah 90 peratus dan ke atas yang merupakan kategori penarafan tertinggi dalam Sijil Penarafan Malaysian Government Performance Index (MyGPI) Tahun 2022.
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Sijil Penarafan MyGPI Tahun 2022 telah disampaikan kepada 26 kementerian, lima agensi pusat dan jabatan utama serta Jabatan Wilayah Persekutuan (sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan).
"Adalah diharapkan dengan adanya program MyGPI ini, agensi sektor awam dapat meningkatkan lagi usaha-usaha penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam yang memenuhi ekspektasi pihak berkepentingan - rakyat, komuniti bisnes dan pengurusan tertinggi," menurut kenyataan itu.
Majlis penyampaian Sijil Penarafan MyGPI Tahun 2022 yang melibatkan kluster Kementerian dan kluster Agensi Pusat dan Jabatan Utama (APJU) itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali di Dewan Sri Baiduri, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara di sini hari ini.
MyGPI merupakan satu program untuk menilai prestasi agensi sektor awam yang memberi fokus kepada dua dimensi iaitu pengurusan organisasi dan pendigitalan perkhidmatan melalui tadbir urus yang baik ke arah reformasi sektor awam.
Program MyGPI turut menyumbang kepada peningkatan kedudukan negara di peringkat global melalui pengukuhan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat dan komuniti perniagaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agensi
#kategori platinum
#MyGPI
#Government Performance Index
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan