awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat anak pasangan Malaysia di Sweden mula sekolah Ahad ini

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2014
00:28 MYT
Empat anak pasangan Malaysia di Sweden mula sekolah Ahad ini
Empat anak pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden akan memulakan persekolahan masing-masing Ahad ini.
Kesemua anak pasangan Azizul Raheem dan Shalwati Norshal iaitu Aisyah Azizul Raheem, 14, Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7) dibawa membeli kelengkapan persekolahan oleh ibu saudara mereka, Shalena Norshal.
Aisyah akan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala Melor manakala tiga adiknya pula akan memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Padang Kala yang terletak berhampiran rumah ibu saudara mereka.
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan pada Isnin menyerahkan surat penempatan sekolah kepada Aisyah dan adik-adiknya.
Sementara itu, Shaleena pula memberitahu bahawa terdapat tawaran daripada sebuah sekolah antarabangsa kepada kesemua kanak-kanak itu untuk meneruskan persekolahan di institusi terbabit, namun beliau menghormati keputusan kakaknya, Shalwati yang mahukan anak-anaknya bersekolah di sekolah kerajaan.
Azizul Raheem Awalludin, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan isteri Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Dis tahun lalu kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat.
Topic Berkaitan
##SwedenLetThemGo
#anak/children
#Azizul Raheem Awalludin
#Malaysia
#Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala Melor
#Shalena Norshal
#Shalwati Norshal
#Sweden
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan