awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat anggota polis berhibur, positif dadah ditukar tugas - Arjunaidi

Sinar Harian
Sinar Harian
18/09/2021
22:32 MYT
Empat anggota polis berhibur, positif dadah ditukar tugas - Arjunaidi
ARJUNAIDI: Mereka ini automatik telah ditukarkan tugas selain tindakan tatatertib. Tindakan lain seperti kesalahan tidak patuh SOP iaitu kompaun sudah dikenakan. -Gambar fail
SEPANG: Empat anggota polis yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Klang, pada 11 September lalu telah ditukar tugas sementara menunggu laporan penuh kesalahan penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, ini adalah prosedur biasa.
"Mereka ini automatik telah ditukarkan tugas selain tindakan tatatertib. Tindakan lain seperti kesalahan tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) iaitu kompaun sudah dikenakan.
"Bagi kesalahan penyalahgunaan dadah, kita akan ambil tindakan selepas kita menerima keputusan laporan daripada pakar," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat tinjauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Pantai Bagan Lalang, di sini, pada Sabtu.
Arjunaidi membuat tinjauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada Sabtu.
Tegas Arjunaidi, pihaknya sama sekali tidak pernah melindungi dan berkompromi dengan mana-mana pegawai serta anggota yang terlibat dalam kesalahan.
Jelasnya, tindakan akan sentiasa diambil terhadap pegawai dan anggota yang ingkar undang-undang ditetapkan.
12 September lalu, Sinar Harian melaporkan empat anggota yang bertugas di Selangor antara 35 individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Klang pada 11 September.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, serbuan kira-kira jam 2 pagi itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota JIPS Bukit Aman bertindak atas maklumat berlakunya aktiviti hiburan, pelacuran dan pengambilan dadah.
Ujian awal saringan air kencing mendapati seramai 19 individu positif dadah termasuk empat anggota terbabit.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#serbuan di pusat hiburan
#anggota polis ditukar tugas
#arjunaidi mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan