awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat anggota TLDM ditemui selamat selepas hilang di perairan Sabah

Bernama
Bernama
16/08/2015
01:50 MYT
Empat anggota TLDM ditemui selamat selepas hilang di perairan Sabah
Sebuah bot TLDM yang dinaiki empat anggota ditemui selamat selepas dilaporkan hilang ketika menjalankan tugas di perairan Sabah sejak dua hari lepas. -Gambar hiasan
Sebuah bot Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dinaiki empat anggota ditemui selamat hari ini selepas dilaporkan hilang ketika menjalankan tugas di perairan Sabah sejak dua hari lepas.
Menurut kenyataan Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan, bot tempur atau 'Rigid Hull Inflatable Boat' (RIB) bersama empat anggota itu ditemui oleh kapal KD Lekir pada pukul 10.30 pagi.
Difahamkan bot RIB itu dilaporkan hilang ketika melakukan rondaan berhampiran Stesen PAPA TLDM iaitu di tengah Terumbu Peninjau, kira-kira 70 batu nautika timur laut Terumbu Layang-Layang, Khamis lepas.
Menurut kenyataan itu, berikutan insiden itu, operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) dilancarkan dengan kekuatan lima kapal TLDM, dua kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan pesawat AW 139.
Bilik Operasi CARILAMAT ditubuhkan di Markas Wilayah Laut 2 di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dan operasi tersebut ditamatkan pada pukul 12 tengah hari selepas semua empat anggota itu diselamatkan.
Topic Berkaitan
#bot tempur
#carilamat
#hilang perairan sabah
#kd lekir
#Rigid Hull Inflatable Boat
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan