awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat beradik ditinggalkan di pondok pengawal kini dalam jagaan baik - Nancy

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
24/11/2023
15:55 MYT
Empat beradik ditinggalkan di pondok pengawal kini dalam jagaan baik - Nancy
Nancy memberitahu, sebaik sahaja selesai prosedur berkenaan, pihaknya akan mendapatkan perintah mahkamah bagi membolehkan kanak-kanak itu ditempatkan di bawah jagaan kementeriannya. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Empat beradik termasuk seorang bayi berusia 10 bulan dipercayai ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Perak Tengah dekat Kampung Gajah, Perak sedang menjalani pemeriksaan dan rawatan di salah sebuah hospital kerajaan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri memberitahu, sebaik sahaja selesai prosedur berkenaan, pihaknya akan mendapatkan perintah mahkamah bagi membolehkan kanak-kanak itu ditempatkan di bawah jagaan kementeriannya.
"Berdasarkan maklumat orang ramai, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membawa kanak-kanak itu untuk menjalani rawatan dan pemeriksaan di hospital.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang berkongsi maklumat, tanpa maklumat-maklumat ini adalah sukar untuk kami bertindak dengan pantas.
"Apa yang saya boleh kongsi, mereka berada di tangan yang selamat," katanya pada sidang media pada majlis pelancaran Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita di sini, pada Jumaat.
Kejadian kira-kira pukul 10.50 pagi Khamis itu membabitkan empat kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun bersama dua adik lelaki mereka masing-masing tiga tahun dan 10 bulan.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah sebelum ini dilaporkan berkata, maklumat kejadian itu diterima daripada pegawai JKM daerah, pada pukul 5.39 petang.
Menurutnya, berdasarkan keterangan diberikan, adik-beradik malang itu ditinggalkan di kawasan itu oleh seorang wanita yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota.
Berdasarkan keterangan awal, kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendakwa, mereka telah dihalau dari sebuah rumah dekat Bota sebelum dihantar ke kompleks berkenaan menaiki kereta bersama wanita tidak dikenali.
Topic Berkaitan
#jkm
#maklumat kejadian
#keterangan awal
#menaiki kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan