Empat sekeluarga maut dalam satu kemalangan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Paloh di sini, pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdullah Daud berkata, kejadian yang berlaku pada jam 7.15 pagi tadi melibatkan sebuah treler muatan beras dan sebuah kenderaan jenis Proton Wira.
Menurut Abdullah, ketika ini kerja dan operasi masih giat dijalankan oleh pihak polis dan anggota bomba.
Mangsa dikatakan dari sebuah keluarga melibatkan sepasang suami isteri dan dua anak, semuanya penumpang kereta berkenaan.
Ketua Balai Balai Bomba dan penyelamat Gua Musang, Anuar Abas memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.24 pagi.
Katanya, seramai sembilan anggota dan tiga jentera telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa yang tersepit.
Identiti mangsa setakat ini belum diperolehi.
Vivi Sumanti
Fri Sep 29 2017

Mangsa dikatakan dari sebuah keluarga melibatkan sepasang suami isteri dan dua anak, semuanya penumpang kereta berkenaan. - Astro AWANI / VIVI SUMANTI

Tiga lokaliti PKPD ditamatkan - Ismail Sabri
Kerajaan mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi pada hari ini.

23 Januari 2021: Fokus Minggu Depan
#FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara. Kami senaraikan antara perkara yang akan berlaku sepanjang minggu depan.

PKP: 504 individu ingkar SOP ditahan
504 individu ditahan atas kesalahan ingkar pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Tip mudah biak kesum dalam balang... memang menjadi!
Salah satu teknik yang banyak digunakan adalah hanya dengan menggunakan air.

COVID-19: Six Flags Magic Mountain dijadikan pusat vaksinasi, tidak lagi suram
Biarpun tiada lagi hiruk pikuk di roller coaster di taman hiburan berkenaan, namun parkir kenderaannya sibuk dengan orang ramai yang ingin mendapatkan vaksinasi COVID-19.

Dedah lokasi premis untuk mudahkan orang ramai tampil buat saringan - Uggah
Pendedahan lokasi premis yang pernah dilawati oleh pesakit COVID-19 bukan bertujuan untuk menyusahkan pemilik, sebaliknya untuk keselamatan.

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil
Menurut pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam kepada semua anggotanya semalam, arahan dikeluarkan oleh Ketua Hakim Malaya Tan Sri Azahar Mohamed.

KPM berusaha perkasa TV Pendidikan yang kini bersiaran 9 jam sehari
Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa berusaha untuk terus memperkasa TV Pendidikan yang kini bersiaran selama sembilan jam sehari di beberapa stesen televisyen dengan pendekatan bersesuaian.

Sarawak Memilih: Sekiranya pengecualian darurat diperkenan, Sarawak masih perlu yakinkan pengundi - Penganalisis
Sarawak mempunyai hak untuk dikecualikan daripada darurat bagi laksana PRN, namun perlu memikirkan kerisauan pengundi ketika itu nanti.

Polis panggil dua Adun berhubung perhimpunan berhampiran Stesen Keretapi Alor Setar
Dua Adun terbabit termasuk seorang belas Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) kanan, dipercayai menyertai perhimpunan pada 6 Julai 2020 bagi membantah kerja merobohkan kuil.

Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Sembrong
Difahamkan, lelaki terbabit bertindak terjun ke dalam sungai tersebut semasa operasi membasmi dadah oleh polis, di sekitar kawasan berkenaan.

Remaja lemas selepas selamatkan tiga kanak-kanak di Kota Bharu
Seorang remaja berusia 16 tahun lemas semasa menyelamatkan tiga kanak-kanak di dalam anak sungai di hadapan rumahnya di Kampung Perupok Tikat.

Remaja dikhuatiri lemas di Sungai Tatau ditemukan putus tangan, patah kaki
Mayat Affanirul Abdullah, 14 tahun, ditemui penduduk kampung terapung dalam keadaan tidak sempurna iaitu kaki kirinya patah manakala tangan kanan putus.

Kawasan pencarian dua nelayan dikhuatiri lemas diperluas
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata, operasi turut mendapat bantuan unit udara Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta nelayan tempatan.

Bangunan Hospital Tanah Merah terbakar
Sebahagian bangunan Hospital Tanah Merah yang masih dalam pembinaan terbakar malam ini.

4 hari tidak pulang, 2 nelayan dikhuatiri hilang, lemas di Selat Melaka
Dua nelayan dikhuatiri hilang dan lemas apabila apabila tidak pulang sejak Rabu lalu selepas keluar menangkap ikan di kawasan perairan berhampiran Pulau Undan di Selat Melaka.

Operasi mencari penunggang motosikal jatuh longkang diperluas lebih 100 km
Mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras dalam kejadian ketika hujan lebat.

Remaja maut, motosikal terbabas di hadapan balai bomba
Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal terbabas ke bahu jalan.

Mayat lelaki ditemukan terapung dalam kolam takungan banjir
Daniel Lau Khai Wen yang berpakaian t-shirt merah ditemukan seorang lelaki yang mahu memancing di kawasan berkenaan kira-kira 6 petang.

Tanah mendap seluas 50,000 meter persegi di Shah Alam, 67 orang dipindahkan
Seramai 67 pekerja daripada dua syarikat di Bestari Jaya dekat sini dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang selepas berlaku tanah mendap.