awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat cedera diserang anjing terlepas

Sinar Harian
Sinar Harian
01/04/2025
04:39 MYT
Empat cedera diserang anjing terlepas
Salah seorang mangsa yang cedera digigit anjing dalam kejadian pada pagi Selasa. -Sinar Harian
BALING: Sekurang-kurangnya empat individu cedera selepas diserang dua ekor anjing yang melarikan diri dari rumah pemiliknya di Taman Desa Bicara, Kuala Ketil pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Empat individu cedera selepas diserang dua ekor anjing yang terlepas dari rumah pemiliknya di Taman Desa Bicara.
  • Insiden berlaku di luar surau, dan orang ramai gagal menghalau anjing sehingga pemilik tiba.
  • Pihak berkuasa akan mengambil tindakan lanjut untuk mengelakkan kejadian serupa berulang.

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Mansor Zakaria berkata, anjing tersebut adalah milik seorang penduduk tempatan dan dipercayai terlepas dari kandangnya sebelum menyerang orang awam.
Menurutnya, insiden itu berlaku di luar sebuah surau, ketika mangsa secara tiba-tiba diserang oleh haiwan berkenaan.
"Orang ramai yang melihat kejadian cuba menghalau anjing itu, tetapi tidak berjaya sehinggalah pemiliknya tiba untuk mengawal keadaan dan menuntut semula haiwan terbabit," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Kejadian itu menimbulkan kebimbangan penduduk setempat, yang kemudiannya bersemuka dengan pemilik anjing tersebut bagi mendapatkan penjelasan.
Mansor berkata, pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai insiden terbabit dan akan mengambil tindakan lanjut bagi memastikan kejadian serupa tidak berulang pada masa akan datang.
Penduduk sekitar juga berharap agar kawalan terhadap haiwan peliharaan lebih diperketatkan bagi mengelakkan risiko keselamatan kepada orang awam. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#anjing terlepas
#empat cedera
#Taman Desa Bicara Kuala Ketil
#luar surau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan