awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat cedera, kereta langgar tiga motosikal di persimpangan lampu isyarat

Bernama
Bernama
06/07/2025
03:30 MYT
Empat cedera, kereta langgar tiga motosikal di persimpangan lampu isyarat
Keadaan kereta dan motosikal yang terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Bukit Setongkol pada malam Sabtu. Foto Sinar Harian/Ihsan pembaca
KUANTAN: Empat individu termasuk seorang kanak-kanak cedera selepas sebuah kereta merempuh tiga motosikal di persimpangan lampu isyarat, Jalan Pintasan Bukit Setongkol di sini, semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Mohd Adli Mat Daud berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 29 tahun dari Tanjung Lumpur di sini melanggar motosikal berkenaan yang keluar dari simpang ketika lampu isyarat bertukar warna.
"Siasatan awal kemalangan yang berlaku kira-kira 8.45 malam itu mendapati kereta tersebut meneruskan perjalanan walaupun lampu isyarat telah bertukar merah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata akibat kemalangan itu tiga penunggang motosikal jenis Yamaha termasuk dua wanita dan seorang pembonceng lelaki yang kesemua mereka berusia lingkungan lapan hingga 32 tahun mengalami pelbagai kecederaan.
Kesemua mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan membahayakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas
#persimpangan lampu isyarat
#motosikal
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan