awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serigala terlepas dari kandang di zoo Tokyo, pengunjung diminta berlindung
15 maut, 19 cedera bas penumpang jatuh gaung di Guatemala
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Malik Streams
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat Exco Perlis jalani kuaratin di rumah

Bernama
Bernama
15/01/2021
08:55 MYT
Empat Exco Perlis jalani kuaratin di rumah
Azlan menasihatkan mana-mana individu yang mempunyai kontak dengan Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar agar segera menghubungi pusat kesihatan terdekat.
KANGAR:Empat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Perlis menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian saringan COVID-19, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.
Beliau berkata empat Exco itu menghadiri mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar pada 3 Jan lepas, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin yang disahkan positif COVID-19 pada Rabu.
"Empat Exco itu ialah Azizan Sulaiman yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan; Ruzaini Rais (ADUN Beseri), Asmaiza Ahmad (ADUN Chuping) dan Siti Berenee Yahaya (ADUN Mata Ayer)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Sumbangan Kerajaan Negeri Perlis dalam Misi Bantuan Bencana Banjir Pahang di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
"Mereka memang menghadiri mesyuarat itu dan bersama-sama Datuk Zahidi, mereka secara sukarela membuat saringan COVID-19 dan keputusaan ujian akan diperoleh dalam masa terdekat sama ada hari ini atau esok," katanya.
Azlan menasihatkan mana-mana individu termasuk wakil rakyat yang mempunyai hubungan rapat atau kontak dengan Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar agar segera menghubungi pusat kesihatan terdekat.
"Ia sebagai langkah awal dalam membendung penularan COVID-19 yang pastinya memberi risiko besar kepada negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Exco
#Perlis
#kuarantin
#COVID-19
#Menteri Besar
#Azlan Man
#UMNO
#mesyuarat
#ADUN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan