Kerajaan Kelantan menganggap cuti Hari Raya Aidilfitri selama empat hari di negeri ini sudah mencukupi bagi memberi peluang kepada anak perantauan berurusan di pejabat pada hari berikutnya iaitu Ahad, 10 Julai.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata empat hari cuti iaitu dua hari cuti raya dan dua hari lagi cuti mingguan sudah mencukupi.
"Saya merasakan hari Ahad itu kita berilah peluang kepada anak-anak di perantauan berurusan di pejabat kerajaan selepas balik sekali sekala ke kampung halaman.
"Kita melihat kepentingan anak perantauan untuk apa-apa urusan pejabat," katanya selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada pesara dan penghulu di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi mengenai keputusan beberapa negeri seperti Kedah, Terengganu, Johor yang memberi cuti peristiwa pada 10 Julai berikutan sambutan Aidilfitri.
Mengenai majlis penyampaian sumbangan itu, Ahmad berkata sebanyak 791 penghulu menerima RM250 setiap seorang sebagai sumbangan Aidilfitri manakala 69 pesara penghulu turut menerima RM100 bagi setiap tahun mereka berkhidmat.
Katanya bekas penghulu yang berkhidmat selama 24 tahun layak menerima sumbangan sebanyak RM2,400.
Sementara itu, Ahmad melahirkan rasa simpati ke atas keluarga mangsa kemalangan jalan raya yang meragut tujuh nyawa di Kilometer 11 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, kira-kira pukul 1.20 pagi hari ini.
Beliau berkata pemilik kenderaan berat sepatutnya lebih mengutamakan keselamatan dan berhemah terhadap pengguna kenderaan ringan bagi mengelak kemalangan sehingga mengorbankan banyak nyawa di saat umat Islam mahu menyambut hari gembira Aidilfitri.
Tujuh yang maut itu daripada sebuah keluarga yang kesemuanya menaiki sebuah kereta Perodua Myvi dalam perjalanan pulang untuk menyambut Aidilfitri di Kampung Kedai Lalat, Kota Baharu, bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah Kuala Krai.
Bernama
Mon Jul 04 2016
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata empat hari cuti iaitu dua hari cuti raya dan dua hari lagi cuti mingguan sudah mencukupi. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Selesaikan segera isu kewarganegaraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tokong lebih satu abad, antara tumpuan pengunjung sempena Tahun Baharu Cina
Tokong Sin Sze Si Ya antara lokasi tumpuan masyarakat Cina serta pelancong asing dan tempatan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.
Lokasi popular ibu negara jadi tumpuan sempena cuti umum
Lokasi tumpuan pelancong seperti di Taman Burung Kuala Lumpur, Zoo Negara, KLCC dan Menara Kuala Lumpur 'diserbu' sejak awal pagi oleh pengunjung.
Bursa Malaysia ditutup pada 25 Disember 2023 dan 1 Januari 2024
Bursa Malaysia Bhd akan ditutup pada Isnin 25 Dis, 2023 sempena cuti umum Hari Krismas serta Isnin, 1 Jan 2024 sempena Tahun Baharu 2024.
45,000 disasar kunjungi taman dinosaur keenam Malaysia
Dr Anir Syazwan berkata beliau yakin taman tema dinosaur itu bakal mencetuskan fenomena baharu dalam menarik kehadiran pelancong selari inisiatif Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.
Cuti umum 20 Feb di Melaka, SPM tetap diteruskan
Empat kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diadakan pada 20 Feb tahun depan akan diteruskan mengikut jadual.
Deepavali: Kerajaan belum bincang beri pengecualian bayaran tol
Kerajaan belum membuat sebarang perbincangan untuk memberikan pengecualian bayaran tol sempena Deepavali yang bakal diraikan hujung minggu ini.
Taliban isytihar hari terakhir pengunduran tentera AS di Afganistan sebagai cuti umum
Keputusan Majlis Menteri-menteri itu diumumkan dalam satu kenyataan oleh pejabat pentadbiran pemerintahan sementara Taliban.
Kedah umum cuti peristiwa 5 Feb sempena Thaipusam
Kerajaan Kedah meluluskan pemberian cuti peristiwa pada 5 Feb ini bersempena sambutan Thaipusam.
Cuti umum, cuti sekolah punca kesesakan di Pejabat Imigresen KL, Putrajaya
Kesesakan luar biasa yang berlaku di pejabat permohonan pasport Jabatan Imigresen di Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini, adalah berpunca daripada penutupan pejabat-pejabat pasport di seluruh Selangor
PM ke-10: Anwar isytihar Isnin ini cuti umum
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Isnin ini cuti umum.