awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat kadet Tentera Malaysia diserap masuk ke akademi ketenteraan Amerika Syarikat

Firdaus Azil
Firdaus Azil
07/06/2022
05:32 MYT
Empat kadet Tentera Malaysia diserap masuk ke akademi ketenteraan Amerika Syarikat
Edlan Miqyad bakal ditempatkan di USMA di Westpoint, New York, manakala Muahamad Danish Imran dan Qarin Loqman akan dilatih di USNA, Maryland, dan Zarif pula akan menerima latihan di USAFA, Colorado. - Bernama
KUALA LUMPUR: Empat kadet Tentera Malaysia telah terpilih untuk menyertai latihan di Akademi Ketenteraan Amerika Syarikat tahun ini.
Lebih membanggakan, mereka merupakan antara 15 calon daripada seluruh dunia yang telah terpilih selepas melalui proses pemilihan yang teliti, dengan menunjukkan kecemerlangan dalam potensi kepimpinan, kecergasan, serta akademik.
Kuasa Usaha Kedutaan AS Michael Newbill berkata, Malaysia juga telah terpilih untuk menghantar empat kadet, melebihi tiga slot yang diperuntukkan untuk setiap negara iaitu darat, udara dan laut.
Four Malaysian Officer Cadets accepted to continue their studies at prestigious US service academies, paving their ways to become future Malaysian military officers@501Awani @usembassykl pic.twitter.com/xPszxX4qDH
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 7, 2022
“Terdapat 60 slot secara keseluruhan dengan penglibatan 69 negara. Saya lihat Malaysia terus cemerlang dari segi perwakilan. Sejarah memperlihatkan bagaimana Malaysia antara yang terbaik dari segi kemasukan ke akademi.
“Seperti yang saya sebutkan dalam ucapan, kita sudah mempunyai lima kadet Malaysia di AS, dan dengan empat lagi kadet ini, sudah mempunyai sembilan kadet. Pada saya jumlah itu agak besar,” katanya kepada sidang media.
Empat kadet yang terpilih ialah Edlan Mikyad Ahmad Syamly dan Zarif Mohd Zamrin, masing-masing berusia 20 tahun serta Muahamad Danish Imran Zainudin dan Qarin Loqman Safriza, masing-masing berusia 18 tahun.
Edlan Miqyad bakal ditempatkan di Akademi Ketenteraan AS (USMA) di Westpoint, New York, manakala Muahamad Danish Imran dan Qarin Loqman akan dilatih di Akademi Tentera Laut AS (USNA) di Annapolis, Maryland, dan Zarif pula akan menerima latihan di Akademi Tentera Udara (USAFA) di Colorado.
Mengulas lanjut, Newbill berkata, akademi latihan AS direka untuk melatih generasi tentera negara terbabit, namun mereka melihat ada keperluan untuk membuka latihan kepada kadet luar negara bagi meningkatkan hubungan ketenteraan.
“Salah satu cara terbaik untuk kami mewujudkan suasana berkenaan, mengukuhkan hubungan antara AS dengan negara terlibat, ialah dengan menyerap masuk kadet tentera mereka, supaya mereka dapat memahami doktrin serta kerjasama AS dengan tentera di seluruh dunia.
“Ia amat penting kepada cara kami beroperasi di seluruh dunia. Dan ini merupakan satu daripada program kami yang pelbagai. Kami banyak menyerap kadet ke universiti ketenteraan AS yang lain, dan kami turut menghantar kadet AS ke negara lain,” katanya lagi.
Turut hadir, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Zaidan Atan.
Sementara itu, Zaidan dalam ucapannya berkata, ATM mengiktiraf program akademi AS sebagai platform kejayaan dan pencapaian yang diperoleh menerusi diplomasi pertahanan tertinggi antara kedua-dua negara.
"Semoga kadet yang dipilih ini dapat menimba ilmu berguna kepada mereka," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Tentera Malaysia
#kadet tentera
#Michael Newbill
#Kedutaan Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan