Tiada misteri yang menyelubungi kehadiran empat kapal yang berlabuh berhampiran dengan jeti Asian Supply Base, yang kelihatan seperti ditinggalkan begitu sahaja oleh pemiliknya, sebagaimana yang tular di platform media sosial.
Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara, Wilayah Persekutuan Labuan, Nurzalizah Kartika Abdullah berkata tiada apa yang perlu dirisaukan mengenai kehadiran kapal itu kerana pihak berkuasa telah menjalankan pelbagai langkah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam mengendalikan urusan yang berkaitan dengan kru kapal berkenaan.
"Tidak perlu panik, kami difahamkan kapal itu telah berada di perairan Malaysia sejak empat tahun lepas, dan di sekitar perairan Labuan ini sejak bulan Mei tahun lepas.
"Kru kapal itu tidak pernah kembali ke negara asal mereka sejak tarikh berkenaan," katanya kepada Bernama.
Pada 17 Feb, satu laporan oleh sebuah akhbar nasional mempersoalkan kehadiran kapal Yue Yuan Yu 219, YueYuan Yu 220, Zhong Yue 22 dan Zhong Yue 23, yang berada di Malaysia sejak bertahun-tahun lamanya, yang menimbulkan persoalan mengenai kru kapal yang dibimbangi memasuki negara secara tidak sah kerana enggan kembali ke negara asal yang dilanda wabak COVID-19 ketika ini.
Laporan itu dikongsi di platform media sosial, sehingga menimbulkan kerisauan di kalangan penduduk Labuan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 18 2020
Menurut Nurzalizah, kapal-kapal itu telah berada di perairan Malaysia sejak empat tahun lepas dan di sekitar perairan Labuan sejak Mei 2019. - Bernama
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Bharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Bharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Empat kapal asing berlabuh di Labuan, penduduk setempat tidak perlu risau
Pihak berkuasa telah menjalankan pelbagai langkah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam mengendalikan urusan yang berkaitan dengan kru kapal berkenaan.