awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat kereta terbabas, minyak pelincir tumpah

Sinar Harian
Sinar Harian
13/09/2023
11:02 MYT
Empat kereta terbabas, minyak pelincir tumpah
Antara kereta yang terlibat kemalangan di susur menghala ke Jalan Persiaran Timur, Putrajaya pada Selasa. -Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Empat kereta terbabas selepas tong dibawa sebuah lori terjatuh mengakibatkan minyak pelincir tertumpah dalam kejadian di susur menghala ke Jalan Persiaran Timur, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian itu berlaku pada jam 3.53 petang.
Menurutnya, siasatan awal mendapati lori yang dipandu lelaki berusia 41 tahun itu dalam perjalanan dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke Kajang, Selangor.
"Semasa melalui jalan itu, satu tong tidak berikat yang dibawa lori terbabit telah terjatuh hingga akibatkan minyak tertumpah di atas jalan.
"Tumpahan minyak itu mengakibatkan empat kereta jenis Perodua Myvi, Proton Savvy, Perodua Axia dan Mercedes Benz terbabas," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Beliau berkata, tiada kecederaan pada kesemua pemandu dalam insiden itu, namun kesemua kenderaan mengalami kerosakan.
Katanya, polis telah merakam keterangan terhadap kesemua pemandu terlibat.
"Pemandu lori terbabit telah dikenakan tindakan saman mengikut Rule 92A LN 170/59," ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tong minyak terjatuh
#Jalan Persiaran Timur
#minyak tertumpah di atas jalan
#tong tidak berikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan