GEORGE TOWN: Empat lagi ladang ternak babi di Pulau Pinang disahkan dijangkiti penyakit demam babi Afrika atau African Swine Fever (ASF) menjadikan keseluruhan 11 buah ladang komersial telah dilanda wabak tersebut.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata ia membabitkan dua ladang baharu di kawasan Seberang Perai Tengah (SPT) manakala dua lagi Seberang Perai Selatan (SPS).
Beliau berkata wabak itu yang telah diisytiharkan sebagai 'bencana' di Pulau Pinang pada Jumaat lepas, tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda malah berkemungkinan bertambah buruk tanpa vaksin berkesan terhadap ASF.
"Sebelum ini, tujuh ladang telah dijangkiti wabak itu, iaitu dua di SPT dan lima di kawasan Perkampungan Valdor, SPS namun jumlah itu meningkat selepas empat lagi ladang disahkan positif wabak berkenaan.
''Ketika ini Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang sedang dan telah teruskan kerja-kerja persampelan di ladang-ladang ternak babi (lain). Setakat ini, 4,000 ekor babi di tiga buah ladang (dijangkiti ASF) telah selesai dilupuskan, dan pelupusan akan diteruskan ke ladang-ladang yang lain selepas ini,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jumaat lepas, Pulau Pinang mengisytiharkan wabak ASF sebagai 'bencana' selepas terdapat kes positif ASF dilaporkan di tujuh lagi ladang ternak babi komersial membabitkan 25,000 ekor haiwan di SPT dan SPS.
Semua babi yang dijangkiti dan terdapat di ladang-ladang itu dimusnahkan secara berperingkat menggunakan kaedah gas CO2 (Kepekatan Tinggi) mengikut garis panduan Kod Amalan Kebajikan Haiwan - Pengurusan Pembuangan Haiwan.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihak polis selaku pegawai tindak balas bencana membantu JPV dengan menjalankan satu sekatan jalan raya (SJR) di SPT dan tiga di SPS membabitkan kawasan ladang ternak babi di landa wabak ASF.
"Satu SJR di kawasan Bukit Teh, SPT manakala tiga lagi di Perkampungan Valdor, SPS bagi mengawal pergerakan masuk dan keluar babi hidup atau bangkai babi di kawasan disahkan positif wabak tersebut supaya tidak berlaku penularan di kawasan lain," katanya.
Berdasarkan data bancian JPV negeri, terdapat 124 ladang ternakan babi di Pulau Pinang membabitkan jumlah keseluruhan 267,348 ekor babi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023
Wabak itu yang telah diisytiharkan sebagai 'bencana' di Pulau Pinang pada Jumaat lepas, tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda malah berkemungkinan bertambah buruk tanpa vaksin berkesan terhadap ASF.- Gambar hiasan
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
P. Pinang sedia jadi pemangkin rantaian nilai cip - Ketua Menteri
Pulau Pinang mampu menyumbang kepada pencapaian matlamat Malaysia seperti yang dibayangkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Pulau Pinang: Pelancongan kapal persiaran catat pertumbuhan lebih kukuh
Bilangan tempat berlabuh kapal antarabangsa dan jumlah penumpang terus menunjukkan trend peningkatan.
Cuti Aidilfitri: Pulau Pinang 'sesak' dengan pelancong
Pelancong tempatan dan luar negara membanjiri Pulau Mutiara hingga menyebabkan beberapa lokasi tumpuan menjadi sesak sejak awal pagi tadi.
Aidilfitri: PBAPP gerakkan 13 lori tangki air hingga Ahad ini
PBAPP menggerakkan 13 lori tangki air bermula semalam hingga 14 April ini sebagai langkah bersiap siaga untuk mengelak atau meminimumkan gangguan bekalan air.
Tesla aktifkan stesen pengecas super baharu di Pulau Pinang
Pengaktifan stesen itu melancarkan perjalanan pemilik Tesla untuk merentasi laluan dari Singapura ke Johor dan seterusnya ke Pulau Pinang.
P. Pinang guna kelebihan diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk tarik pelancong
Satu laporan peruncit di UK, Post Office, meletakkan Pulau Pinang di tempat ke-11 dalam senarai destinasi pelancongan termurah di seluruh dunia.
P. Pinang pantau rapi kapasiti Empangan Air Itam
PBAPP mengambil langkah awal sejak Februari, dengan melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) menerusi beberapa strategi.
Peniaga didenda RM70,000 simpan haiwan eksotik tanpa lesen
PENIAGA DIDENDA RM70,000 SIMPAN HAIWAN EKSOTIK TANPA LESEN