awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat laluan di Ipoh ditutup sempena raptai dan sambutan Hari Pahlawan

Bernama
Bernama
28/07/2023
12:35 MYT
Empat laluan di Ipoh ditutup sempena raptai dan sambutan Hari Pahlawan
Yahaya berkata, penutupan dan lencongan jalan pada 31 Julai pula, akan bermula pada 7 pagi sehingga selesai program berkenaan. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Empat laluan di sekitar bandar raya Ipoh akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat pada 29 hingga 31 Julai bagi memberi laluan kepada raptai dan program sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak 2023 di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata penutupan dan lencongan jalan secara berperingkat dilakukan mengikut keperluan semasa sepanjang sesi raptai program pada 29 dan 30 Julai.
Sementara penutupan dan lencongan jalan pada 31 Julai pula, akan bermula pada 7 pagi sehingga selesai program berkenaan.
"Penutupan melibatkan Jalan Kuala Kangsar (susur Jalan Raja Muda Aziz), Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab (JKR Perak), susur Jalan Kuala Kangsar (BPR lama) serta Jalan St. John," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, beliau menasihatkan pengguna jalan raya merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa penutupan dan lencongan jalan dilaksanakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Pahlawan
#raptai
#lencongan
#penutupan jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan