KLANG: Seramai empat lelaki ditahan kerana memeras ugut seorang pekedai di sebuah premis kedai runcit tidak bernombor berdekatan Jalan Abadi 10, Taman Daya Maju, Meru di sini pada 12 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, dalam kejadian jam 12.01 tengah malam itu suspek bukan sahaja bertindak memarahi pekedai terbabit malah turut menumbuk muka mangsa.
"Mangsa merupakan seorang lelaki warga Bangladesh telah membuat laporan polis mendakwa didatangi empat lelaki tempatan yang tidak dikenali dan meminta wang perlindungan bulanan sebanyak RM600.
"Salah seorang daripada suspek telah memarahi serta menumbuk muka mangsa semasa sedang berniaga di kedai runcit tidak bernombor itu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 24 hingga 38 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau dan mereka ditahan di beberapa lokasi berasingan di sekitar daerah Klang pada hari sama.
"Semua suspek direman sehingga 28 Disember (Selasa) dan kes disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan," ujarnya.
ARTIKEL ASAL DI SINAR HARIAN
Sinar Harian
Sun Dec 26 2021

Dalam kejadian jam 12.01 tengah malam itu suspek bukan sahaja bertindak memarahi pekedai terbabit malah turut menumbuk muka mangsa.- Gambar hiasan

Northport rangkul anugerah IAPH 2022 Sustainability Award tewaskan Pelabuhan Montreal, Amsterdam
Northport telah menewaskan dua finalis lain iaitu Pelabuhan Montreal dan Pelabuhan Amsterdam dalam kategori itu.

JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2
Penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan Skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17.

Jualan kenderaan UMW Holdings merosot kepada 32,600 unit pada April
Pada April, momentum jualan yang kukuh berterusan apabila UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang bertambah baik.

HLIB : Harga minyak tinggi dijangka kekal dalam tempoh lebih lama
Di sebalik ikrar meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.

WEF 2022 Davos: 'Beri penekanan terhadap usaha pemulihan global'
Pandemik COVID-19 telah mencipta barah kepada pelbagai krisis yang memberi implikasi besar terhadap sistem sokongan global.

Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.

Sukan SEA Hanoi: Skuad boling lelaki, wanita ungguli hari pertama
Pasukan wanita yang diwakili Nur Syazwani Sahar, Nerosha Keligit, Nora Lyana Nastasia Kamal dan Gillian Lim menjatuhkan 2,506 pin.

Musim kering: Rizab telaga air bawah tanah negara mencukupi - Nadma
berdasarkan data JMG, terdapat 5,563 telaga tiub di seluruh negara untuk menghadapi kesan peralihan cuaca itu.

Darurat: Bersih, Majlis Peguam gagal rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, dalam penghakiman melalui e-mel, berkata kesemua persoalan itu boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Serba Dinamik, anak syarikat kenal pasti aset untuk dijual selesaikan liabiliti
Syarikat itu menjelaskan ia akan memerlukan mesyuarat yang diarahkan mahkamah dengan pemiutangnya.

Aliran trafik tinggi di lebuh raya menuju Lembah Klang
Aliran trafik di beberapa kawasan di lebuh raya utama terutama yang menuju ke Lembah Klang tinggi setakat 10 malam ini.

Aliran trafik ke Lembah Klang meningkat namun terkawal - LLM
Peningkatan aliran trafik ini juga menyebabkan kenderaan bergerak perlahan di beberapa lokasi.

Orang ramai disaran guna laluan alternatif elak kesesakan Jalan Klang-Teluk Intan
Polis menasihatkan orang ramai supaya menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan lalu lintas di Jalan Klang-Teluk Intan yang dijangka bermula esok hingga Ahad ini.

Gangguan air Lembah Klang: LUAS kesan pencemaran seakan diesel
Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian, berkata pasukan LUAS yang membuat rondaan mengesan kejadian itu pada jam 2.30 pagi Selasa.

Gangguan air: Bekalan pulih sepenuhnya 9 pagi esok - Air Selangor
Ketika ini proses rawatan air sedang giat dijalankan bagi memastikan pengguna mendapat bekalan air bersih dan terawat secepat mungkin.

Bekalan air mula disambung malam ini - Amirudin Shari
Amirudin memaklumkan operasi di loji rawatan air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi disambung semula setakat jam 3.30 petang tadi.

Bekalan air: 472 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bermula 3 petang ini
Sebanyak 472 kawasan di lima wilayah di Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air bermula jam 3 petang ini.

Mayat lelaki terdampar di Sungai Klang
Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui orang awam.

Banjir kilat: 14 jalan di ibu negara dinaiki air - DBKL
Banjir berlaku susulan hujan lebat yang melanda Lembah Klang selama beberapa jam sejak awal tengah hari.

13 individu ditahan seludup kontraban, bunga api, bitcoin bernilai RM10.1 juta
Mereka yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki tempatan dan dua lelaki warga asing berumur lingkungan 20 hingga 50-an.