Empat lelaki maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dan terperosok di bawah sebuah lori, dalam kemalangan di jalan utama Felda Chini Timur, pada tengah hari Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, empat mangsa yang juga penumpang Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandunya hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razali Mohd Yusof berkata, mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah Mohamad Junhaizul Lizam, 25, dari Felda Chini 4, manakala tiga lagi adalah warga Indonesia.
Mereka ialah Rohman, 20; Mudehri, 38; dan Subakir, 43.
Mohd Razali berkata, ketika kejadian kesemua mangsa dari arah Kuantan menghala ke Chini.
"Pemandu Proton Wira dipercayai hilang kawalan selepas memotong beberapa kenderaan dan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.
"Akibat impak kemalangan, pemandu kereta itu tercampak keluar dari kenderaan terbabit manakala empat penumpang tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Katanya, pemandu lori berusia 45 tahun, berasal dari Felda Chini 4, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mohamad Zalani Atan
Thu May 28 2020

Mohd Razali berkata, ketika kejadian kesemua mangsa dari arah Kuantan menghala ke Chini. Gambar Astro AWANI

Sembilan kawasan di Semenanjung rekod gelombang haba tahap kuning - MetMalaysia
Kawasan berkenaan ialah Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Sepang, Tampin, Alor Gajah, Melaka Tengah, Jasin, Tangkak dan Batu Pahat.
![AWANI Sarawak [06/03/2021] - 221 kes baharu, 258 kes sembuh | Kesedaran vaksin makin meningkat | i-Sinar pilihan terakhir AWANI Sarawak [06/03/2021] - 221 kes baharu, 258 kes sembuh | Kesedaran vaksin makin meningkat | i-Sinar pilihan terakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894004/42418328031615030187401_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [06/03/2021] - 221 kes baharu, 258 kes sembuh | Kesedaran vaksin makin meningkat | i-Sinar pilihan terakhir
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut: - COVID-19 di Sarawak catat kematian ke 87 - Program vaksinasi berjalan lancar - Wang i-Sinar bukan untuk dibazirkan - kata penganalisis ekonomi Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Ulang Tahun Ke-35 | Titipan doa rakyat buat pasangan Diraja
Sempena ulang tahun perkahwinan ke-35 Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri' Ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah dengan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Rakyat negeri kelahiran Tunku Azizah, Johor Darul Takzim menzahirkan ucapan tahniah dan doa kepada pasangan Diraja itu.

Ulang Tahun Ke-35 | Titipan doa rakyat buat pasangan Diraja
Orang ramai dari pelbagai kaum di Perak mengucapkan tahniah sempena ulangtahun ke 35 perkahwinan Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Kagum dengan cara pemerintahan yang sangat mesra rakyat, warga Perak berharap baginda berdua dapat meneruskan pemerintahan negara dengan jayanya.

KPWKM cadang wujudkan kursus pasca perkahwinan
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang mewujudkan kursus pasca perkahwinan bagi suami isteri untuk mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan.

KKM kesan empat lagi kluster baharu
Empat lagi kluster baharu dengan tiga daripadanya melibatkan tiga tempat kerja direkodkan dalam tempoh 24 jam.

AirAsia semakin pulih melalui transformasi digital dan peluang lain - Fernandes
AirAsia Group Bhd semakin pulih daripada impak pandemik COVID-19, selepas mengambil peluang baharu termasuk mempercepatkan transformasi digitalnya.

Kembara Cinta Diraja Seiring Kasih Rakyat: Tak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat
Keperibadian berjiwa rakyat yang tinggi menjadi sebab mengapa baginda berdua sering dilihat tidak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat.

205 individu ditahan ingkar SOP PKP, 18 melibatkan pusat hiburan
Seramai 205 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan PKP) pada Jumaat.

Lima tumpuan kenyataan Dr Noor Hisham hari ini
Daripada jumlah kes yang direkodkan di Selangor, 89.2 peratus adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Empat lelaki maut kereta bertembung lori
Empat mangsa yang juga penumpang Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandunya hanya mengalami kecederaan ringan.

Empat maut Toyota Avanza dinaiki langgar trak tunda
Empat maut manakala dua cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Toyota Avanza dan trak tunda di KM14 Jalan Endau-Mersing.

Kematian empat sekeluarga akibat hidu asap tebal - Polis
Kematian empat sekeluarga dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan USJ 2/5A USJ 2, Subang jaya, awal pagi tadi akibat menghidu asap tebal, kata ACP Mohammad Azlin Sadari.

Empat sekeluarga maut kebakaran awal pagi di Subang Jaya
Mereka dikenali sebagai pasangan suami isteri Lim Ah Kok, 58, dan Goh Bre Khim, 52, serta dua anak mereka, Lim Yong Liang, 20, dan Lim Yong Wei, 17.

Lima maut, tiga cedera kemalangan di Batu Gajah
Empat maut manakala dua lagi cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta di kilometer 17 Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Siputeh Gajah.

Empat maut, kenderaan rempuh lori tangki di Taiping
Kenderaan mangsa telah merempuh lori tangki minyak yang rosak dan diparkir di tepi jalan, lalu menyebabkan kesemua mangsa di dalam kenderaan tersepit.