awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat maut, seorang parah dalam nahas di NKVE

Bernama
Bernama
11/06/2022
02:50 MYT
Empat maut, seorang parah dalam nahas di NKVE
Keadaan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) awal pagi tadi dalam kemalangan membabitkan dua kereta. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Empat termasuk dua wanita maut dan seorang lelaki cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di susur keluar dari arah Subang menghala Kelana Jaya di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata mangsa yang maut dikenali pasti sebagai P. Puvaaneshwaran, 28; Lai Mun Fai, 28; Eng Siew Hooi, 31 dan Leong Man Yuen, 27 manakala yang parah dikenali sebagai Heng Chan Yee, 28.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 4.11 pagi.
Katanya insiden tersebut membabitkan kereta Wira Aeroback yang dipandu seorang lelaki dan Wira jenis sedan dinaiki empat orang.
"Empat mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi yang parah dibawa ke Hospital Sungai Buluh untuk rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#NKVE
#maut
#cedera parah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan