awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat mayat terapung disyaki mangsa bot karam di Sekinchan

Sinar Harian
Sinar Harian
30/12/2021
21:45 MYT
Empat mayat terapung disyaki mangsa bot karam di Sekinchan
Polis menerima maklumat daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berhubung penemuan mayat tiga wanita dan seorang lelaki.
Penemuan empat mayat yang terapung di kawasan Pulau Jarak, Pulau Pangkor di sini disyaki mangsa bot yang dilaporkan karam di Sekinchan, Selangor, Sabtu lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berhubung penemuan mayat tiga wanita dan seorang lelaki.
Menurutnya, siasatan awal mendapati keempat-empat mangsa tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
"Kemungkinan besar mayat yang telah dijumpai ini adalah berkaitan dengan satu laporan polis yang diterima sekitar jam 2.49 petang di Sekinchan, Isnin lalu.
"Berdasarkan laporan itu, seorang pekerja ternampak sebuah bot yang tidak pasti pemiliknya dinaiki 20 orang telah tenggelam di kawasan perairan itu sekitar jam 3.30 petang pada hari kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Mior Faridalathrash berkata, kesemua mayat tersebut dihantar ke Unit Forensik, Hospital Seri Manjung untuk dibedah siasat.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sinar Harian melaporkan mayat kesemua mangsa ditemukan terapung oleh nelayan sebelum dibawa Maritim Malaysia ke Jeti Kastam Kampung Acheh, Sitiawan di sini untuk tindakan lanjut.
Maritim Malaysia tidak menolak sebarang kemungkinan kejadian itu terdapat unsur–unsur jenayah di laut ekoran tiada sebarang aduan orang jatuh laut atau permohonan bantuan perubatan diterima.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bot karam
#Mior Faridalathrash Wahid
#empat mayat terapung
#Pulau Jarak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan