awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat negeri PN tetap bergantung bantuan Kerajaan Persekutuan tarik pelaburan - MB Terengganu

Bernama
Bernama
21/10/2023
08:59 MYT
Empat negeri PN tetap bergantung bantuan Kerajaan Persekutuan tarik pelaburan - MB Terengganu
Ahmad Samsuri berkata, peranan Kerajaan Persekutuan tidak boleh dipertikai, apabila mengambil kira pencapaian yang dicapai dan dinikmati semua negeri, termasuk negeri dalam SG4 iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis. - Bernama
SHAH ALAM: Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) masih bergantung kepada Kerajaan Persekutuan dalam menarik pelaburan walaupun dengan pembentukan State Government 4 atau SG4.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peranan Kerajaan Persekutuan tidak boleh dipertikai mengambil kira pencapaian yang dicapai dan dinikmati semua negeri, termasuk negeri dalam SG4 iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.
"Di sebalik pembentukan SG4, kita tidak nafikan peranan dan pencapaian yang diperoleh negeri-negeri ini dalam aspek pelaburan hasil kerjasama dengan kerajaan pusat.
Kerjasama sedia ada akan berterusan dan tidak timbul kita akan hentikan nilai dan aspirasi yang terkandung dalam Perlembagaan negara," katanya ketika sidang media Empat Menteri Besar SG4 sempena Muktamar Tahunan PAS di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.
Pada September lepas, Ahmad Samsuri mengumumkan Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis dalam proses membentuk "kumpulan empat negeri" berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan persekutruan
#negeri PN
#pelaburan
#Ahmad Samsuri Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan