awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat nelayan Kemaman dilapor hilang di laut sejak lapan hari lalu

Astro Awani
Astro Awani
28/06/2015
15:52 MYT
Empat nelayan Kemaman dilapor hilang di laut sejak lapan hari lalu
Empat nelayan dilaporkan hilang setelah gagal dihubungi sejak lapan hari lalu selepas mereka keluar menangkap ikan bersama bot pukat tunda kelas B di perairan Kemaman.
Empat nelayan dilaporkan hilang setelah gagal dihubungi sejak lapan hari lalu selepas mereka keluar menangkap ikan bersama bot pukat tunda kelas B di perairan Kemaman di sini.
Kesemua mangsa yang dikenali sebagai Azuari Muda@Abu Bakar, 41; Mohd Zawawi Seman, 36; Mohd Nasri Ab Wahab, 29; dan Ab Wahab Tekak, 57, berasal dari Kemaman telah keluar ke laut pada pukul 6 pagi 21 Jun lalu.
Bapa Azuari, Muda @ Abu Bakar Salleh, 67, berkata lazimnya anaknya serta tiga ahli keluarganya itu akan pulang selepas lima hari keluar menangkap ikan di sekitar perairan itu namun sehingga mereka kini tidak kelihatan.
Katanya dia bersama beberapa nelayan yang lain cuba menghubungi mereka menerusi telefon bimbit namun gagal dan selepas bimbang dengan keselamatan anaknya, Muda membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman semalam.
"Biasanya mereka akan keluar dalam tempoh tiga hingga ke empat hari sahaja tapi kali ini agak lama dan saya risau sesuatu terjadi kepada mereka di tengah-tengah laut dengan cuaca dan ombak yang tidak menentu ketika ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya pada Jumaat lalu, Ab Wahab yang juga tekong bot ada menghubungi pemilik bot berkenaan namun panggilan itu terputus dan Abdul Wahab gagal dihubungi kembali.
"Jika telefon dia kehabisan bateri pasti kami dapat menghubungi salah seorang daripada mereka tapi sekarang kesemua mereka gagal dikesan dan dihubungi sehingga hari ini.
"Namun saya yakin kesemua mereka masih selamat walaupun sehingga kini tiada sebarang petanda untuk menemui bot TRF 1078 yang dinaiki mereka mahupun peralatan mereka," katanya.
Beliau berkata pelbagai usaha dilakukan bagi menjejaki mereka dan pagi tadi 11 nelayan telah keluar untuk menjejaki mangsa.
Muda berkata kebiasaannya kumpulan nelayan itu akan keluar melakukan aktiviti menangkap ikan kira-kira tujuh hingga lapan batu nautika dari pusat pangkalan mereka di Kemaman.
Topic Berkaitan
#empat
#hilang
#kapal
#lapan
#nelayan
#TRF1078
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan