Selepas Pantai Kekabu di Marang, tiga lagi pantai di Terengganu mencatatkan penemuan obor-obor beracun yang dikenali sebagai Portuguese man o' war.
Pengarah Perikanan Terengganu, Zawawi Ali berkata tiga lagi pantai berkenaan ialah Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu, Pantai Rhu 10 di Setiu dan Pantai Bukit Keluang di Besut.
"Sehubungan itu, kita menasihatkan pengunjung agar tidak bermandi-manda di kawasan pantai (negeri ini) buat masa ini kerana dikhuatiri terkena sengatan obor-obor ini.
"Ini kerana masih tiada anti venom untuk serangan obor-obor ini kecuali ubat penahan sakit sahaja. Menurut ahli sains, kesan serta merta yang dirasai dalam tempoh tiga minit ialah kekejangan yang menimbulkan kesakitan melampau," katanya kepada pemberita di program Hari Pengembangan Perikanan peringkat negeri Terengganu di sini pada Sabtu.
Pada awal bulan ini, media melaporkan mengenai obor-obor beracun itu yang ditemui terdampar di Pantai Pulau Kekabu, Marang oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marang ketika sedang menjalani Latihan Penyelamat Pantai di situ.
Mengulas lanjut, Zawawi berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah yang merekodkan penemuan obor-obor itu perlu meletakkan bendera merah dan papan tanda di lokasi terbabit sebagai tanda amaran kewujudan obor-obor beracun di kawasan itu.
"Setakat ini, Majlis Daerah Marang telah memasang papan tanda amaran itu di Pantai Pulau Kekabu dan kita berharap PBT lain juga akan mengambil langkah sama dalam masa terdekat.
Orang ramai yang menemui obor-obor ini perlu melaporkannya kepada Jabatan Perikanan atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk tindakan lanjut dengan melupuskannya mengikut prosedur," katanya.
Zawawi berkata nelayan tempatan mendakwa obor-obor itu pernah ditemui di perairan Pulau Kapas sejak empat tahun lepas namun tiada bukti yang dapat mengesahkannya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 22 2020
Pengarah Perikanan Terengganu, Zawawi Ali berkata tiga lagi pantai berkenaan ialah Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu, Pantai Rhu 10 di Setiu dan Pantai Bukit Keluang di Besut. - Gambar BERNAMA
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Perhilitan pindah gajah liar di Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah liar dalam satu operasi pemindahan di Kampung Dendong, Tembila, di Jertih hari ini.
Bangunan runtuh sebabkan dua kematian, pengarah resort didenda RM150,000
Seorang pengarah syarikat Malee Beach Resort didenda RM150,000 kerana gagal mematuhi syarat pembinaan sehingga menyebabkan kematian dua buruh.
13 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya
Tiga belas sungai di enam daerah di Terengganu telah melepasi paras bahaya setakat 12 tengah hari ini, berikutan keadaan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas.
Bot terbalik, pemancing udang ditemukan lemas
Mayat Hussin ditemukan terapung di permukaan sungai oleh pasukan penyelamat kira-kira jam 7.45 pagi ini.
Lima lelaki dikhuatiri hilang di Gunung Tebu ditemukan selamat
Lima lelaki yang dikhuatiri hilang ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Tebu, Jabi di sini ditemukan selamat pada Sabtu.
Bayi lelaki dalam bekas plastik merah ditinggal atas wakaf luar pusat tahfiz
Seorang bayi lelaki cukup sifat ditinggalkan di wakaf luar pagar sebuah pusat tahfiz di Besut pada pagi Selasa.
Seorang maut dalam insiden bot bertembung di Pulau Perhentian
Seorang kru bot nelayan maut manakala dua penumpang cedera parah dalam insiden dua bot bertembung di perairan Pulau Perhentian di sini pada kira-kira 8.15 pagi tadi.
Hafizah 30 juzuk al-Quran raih markah ACCA kedua tertinggi dunia
Safwa Zamri yang bergelar hafizah ketika berusia 14 tahun meraih markah tertinggi dalam kertas peperiksaan Recording Financial Transactions (FA1), sesi Mac 2023.
Ahli Parlimen Besut sekali lagi diarah keluar Dewan
Berdasarkan keputusan dibuat pada minggu lepas, Che Mohamad Zulkifly digantung tiga hari dan hanya dibenarkan masuk semula ke Dewan pada Selasa.
Ingkar arahan Timbalan Speaker, Ahli Parlimen Besut digantung tiga hari
Keputusan itu dibuat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor selepas Ahli Parlimen itu tidak duduk walaupun sudah diberi amaran sebanyak tiga kali.