awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fahmi ingatkan rakyat manfaat teknologi secara bijak sempena tahun baharu 2026
Helikopter Super Lynx TLDM mendarat cemas di perairan Pantai Klebang
Penguasaan AI, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat panduan PDRM depani cabaran 2026 - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat pasangan ditahan dalam operasi banteras maksiat malam Hari Pekerja

Bernama
Bernama
01/05/2017
13:11 MYT
Empat pasangan ditahan dalam operasi banteras maksiat malam Hari Pekerja
Seramai lapan individu termasuk dua warga Indonesia ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam operasi membanteras maksiat yang diadakan sempena cuti Hari Pekerja. -Gambar hiasan
Seramai lapan individu termasuk dua warga Indonesia ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam operasi membanteras maksiat yang diadakan sempena cuti Hari Pekerja di kawasan Tampoi di sini.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAINJ, Mohd Hafiz Abdul Rahman berkata empat pasangan itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan berkhalwat di tiga buah hotel murah yang diserbu di Taman Tampoi Utama dan Taman Tampoi Indah bermula 12 tengah malam hingga 2 pagi ini.
Kesemua mereka ditahan berusia antara 23 dan 27 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 kerana berkhalwat dan jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya, kesemua pasangan tersebut dibawa ke Balai Polis Tampoi untuk diambil keterangan sebelum dibawa ke pejabat JAINJ untuk proses dokumentasi.
Beliau berkata operasi JAINJ ditumpukan terhadap hotel-hotel murah di sekitar Johor Jaya, Tampoi dan Skudai kerana ia dilihat menjadi ''sarang'' kepada pasangan luar nikah untuk melakukan maksiat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Agama Islam Negeri Johor
#Maksiat
#pasangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan