awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat pegawai, anggota polis antara 14 ditahan terbabit aktiviti pemburuan haram

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
17/03/2021
10:57 MYT
Empat pegawai, anggota polis antara 14 ditahan terbabit aktiviti pemburuan haram
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, dalam serbuan itu, beberapa senjata api dan sejumlah bangkai haiwan bersama lima kenderaan pacuan empat roda berjaya dirampas. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Seramai 14 individu termasuk empat pegawai dan anggota polis ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti pemburuan haram di kem pembalakan Vivadaya, kawasan hutan simpan Sapulut, di Kalabakan, Tawau, Ahad lalu.
Kesemua individu itu ditahan pada jam 12.44 tengah hari, menerusi serbuan yang dilakukan oleh pasukan khas SFD Protect Jabatan Perhutanan Sabah bersama kumpulan Danum Maliau Imbak.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, dalam serbuan itu, beberapa senjata api dan sejumlah bangkai haiwan bersama lima kenderaan pacuan empat roda berjaya dirampas.
Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati bangkai haiwan yang sudah dikerat beberapa bahagian termasuk daging rusa dan daging babi disyaki daripada hasil aktiviti pemburuan haram terbabit.
"Semua individu ditahan namun dibebaskan dengan jaminan polis atas permintaan Jabatan Hidupan Liar (JHL) selepas keterangan diambil.
"Empat daripada suspek yang ditahan adalah pegawai dan anggota polis," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Hazani berkata, siasatan secara telus akan dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap pegawai serta anggota yang terbabit.
"Pada ketika ini, pihak PDRM masih menunggu laporan penuh siasatan pihak JHL Sabah.
"Justeru, tiada sebarang unsur campur tangan dilakukan oleh PDRM dalam siasatan ini memandangkan ia disiasat sepenuhnya oleh JHL dan dibantu oleh PDRM serta Jabatan Perhutanan," katanya.
Katanya lagi, orang ramai juga dinasihatkan supaya menghentikan segala bentuk penyebaran berita palsu dan spekulasi yang boleh mencemarkan nama baik PDRM Sabah.
"Tindakan tegas boleh diambil terhadap penyebaran berita palsu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah.
"Serta Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," tambahnya.
Topic Berkaitan
#pemburuan haram
#Vivadaya
#hutan simpan Sapulut
#Kalabakan
#Hazani Ghazali
#Jabatan Hidupan Liar
#PDRM
#anggota polis
#pegawai
#JHL Sabah
#Pesuruhjaya Polis Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan