awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat pegawai Jakim Sarawak maut dalam kemalangan

Astro Awani
Astro Awani
02/08/2013
00:10 MYT
Empat pegawai Jakim Sarawak maut dalam kemalangan
Seorang penolong pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sarawak maut bersama tiga orang lagi pegawai jabatan berkenaan dalam satu kemalangan jalan raya berdekatan Sri Aman, kira-kira 200km dari sini pada Khamis.
Ibrahim Hailee, 35, meninggal dunia di tempat kejadian setelah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori balak di Km 48, Jalan Sri Aman-Sarikei, kira-kira pukul 3.30 petang, kata Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Mohamed.
Menurutnya, turut meninggal di tempat kejadian ialah Harliani Hanani, 29, Halimah Hamrie, 30, dan Qurraty Aini Rolfandy, 23.
Dua orang penumpang lain dalam kenderaan itu cedera dengan salah seorang daripada mereka parah dan dirujuk ke Hospital Umum Sarawak, katanya.
Pemandu lori balak berusia 44 tahun itu kini sedang disoal siasat oleh polis, katanya.
Sementara itu Pegawai Perhubungan Awam Jakim Sarawak, Muhammad Nizamuddin Amiruddin berkata kesemua mangsa sedang dalam perjalanan menuju Sri Aman untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama saudara baharu di Masjid Betong.
Malam semalam, tiga daripada mangsa dilapor turut berbuka puasa di majlis anjuran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak bersama petugas media di atas Kapal Maritim Bijak. Majlis itu diserikan dengan tazkirah, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih dengan diketuai oleh Ibrahim.
Topic Berkaitan
#JAKIM
#kemalangan
#Sri Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan