awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat pelajar sekolah di Batu Pahat ditahan bantu siasatan rogol pelajar tingkatan satu

Bernama
Bernama
17/08/2016
06:18 MYT
Empat pelajar sekolah di Batu Pahat ditahan bantu siasatan rogol pelajar tingkatan satu
Menurut Wahib, kesemua remaja lelaki berumur antara 13 dan 15 tahun itu ditahan kira-kira 1 pagi semalam. - Gambar fail
Empat pelajar sebuah sekolah di Batu Pahat ditahan reman mulai semalam bagi membantu siasatan kejadian rogol melibatkan pelajar perempuan Tingkatan Satu, sekolah yang sama.
Kejadian dilaporkan berlaku sejak April hingga awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata kesemua remaja lelaki berumur antara 13 dan 15 tahun itu ditahan kira-kira 1 pagi semalam, di rumah masing-masing.
"Kejadian terbabit terbongkar selepas ibu mangsa yang merupakan seorang kerani berumur 34 tahun dipanggil oleh guru sekolah anaknya dan kemudian dimaklumkan kemungkinan anaknya menjadi mangsa rogol," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Abdul Wahib berkata ibu mangsa kemudian membawa anaknya yang berumur 13 tahun itu ke balai polis tiga hari lepas bagi membuat laporan dan kemudian ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.
Tempoh tahanan reman terhadap keempat-empat pelajar itu sehingga Selasa depan.
Polis masih sedang mencari seorang lagi pelajar untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#ACP Abdul Wahib Musa
#Batu Pahat
#Ketua Polis Daerah Batu Pahat
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan