awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat penerbangan Malaysia Airlines ke London terjejas disebabkan penutupan Lapangan Terbang Heathrow

Bernama
Bernama
21/03/2025
11:00 MYT
Empat penerbangan Malaysia Airlines ke London terjejas disebabkan penutupan Lapangan Terbang Heathrow
Lapangan terbang London Heathrow akan ditutup sehingga tengah malam pada Jumaat kerana gangguan bekalan elektrik. - Foto Reuters
KUALA LUMPUR: Empat penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke London terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Heathrow London, United Kingdom kata Malaysia Aviation Group (MAG).
Lapangan terbang itu ditutup selepas kebakaran berlaku di stesen janakuasa elektrik berhampiran mengakibatkan bekalan elektrik terputus.
MAG berkata penerbangan Malaysia Airlines MH2 yang berlepas pada 20 Mac, jam 11:37 malam dari Kuala Lumpur ke London telah dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol Amsterdam di Belanda.
Pesawat yang membawa 246 penumpang dan 17 anak kapal itu selamat mendarat pada 6.19 pagi waktu tempatan Amsterdam.
"Penumpang ditempatkan di hotel berhampiran lapangan terbang, ada juga dipindahkan dalam penerbangan lain," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, penerbangan MH4 pada 21 Mac yang membawa 187 penumpang dan 17 anak kapal akan pulang ke Kuala Lumpur dan dijangka tiba pada 3.30 petang waktu tempatan hari ini.
Penerbangan lain yang terjejas ialah penerbangan MH1 dan MH3 dari London ke Kuala Lumpur hari ini.
"Malaysia Airlines amat kesal atas kesulitan dan gangguan yang berlaku menyebabkan rancangan perjalanan penumpang kami terjejas.
"Keselamatan kekal sebagai keutamaan nombor satu kepada Malaysia Airlines," katanya.
Menurut laporan media, lapangan terbang London Heathrow akan ditutup sehingga tengah malam pada Jumaat kerana gangguan bekalan elektrik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penerbangan Malaysia Airlines terjejas
#penutupan Lapangan Terbang Heathrow
#London
#Malaysia Aviation Group
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan