awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat rumah kedai musnah terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
29/08/2023
01:15 MYT
Empat rumah kedai musnah terbakar
Empat rumah kedai di Felda Kampung Rahmat musnah dalam kebakaran. - Foto BBP Setiu
SETIU: Empat unit rumah kedai musnah dalam kebakaran di Felda Kampung Rahmat di sini pada Isnin.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Yusmaredza Mirza Mohamed Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.36 malam.
Menurutnya, empat jentera dengan kekuatan 19 anggota dari BBP Setiu dan turut dibantu BBP Kuala Nerus dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan empat unit rumah kedai iaitu bengkel kereta jenis separuh kekal anggaran keluasan keseluruhan 80 x 80 kaki telah musnah sebanyak 90 peratus.
"Kebakaran itu juga melibatkan dua kenderaan iaitu kereta jenis Proton Saga dan Honda yang musnah 100 peratus," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Beliau berkata, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan.
"Setakat ini, punca dan anggaran kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan," jelasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kebakaran
#bengkel kereta
#BBP
#kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan