awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran di Klang

Astro Awani
Astro Awani
04/11/2020
00:00 MYT
Empat sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran di Klang
Lima termasuk empat sekeluarga rentung dalam kebakaran membabitkan lima rumah di Kampung Delek Kanan di Klang awal pagi ini. -Astro AWANI
KLANG:Terperangkap pada jeriji pintu belakang rumah sehingga memaksa mangsa lari ke bilik air.
Itu yang dilakukan lima mangsa dalam kebakaran membabitkan lima rumah di Kampung Delek Kanan, di sini, awal pagi tadi.
Tragedi malang itu menemukan empat lelaki dan seorang wanita dalam keadaan rentung.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 3.56 pagi.
Setiba di lokasi, bomba mendapati api sedang marak dan memusnahkan keseluruhan rumah berkenaan.
Selesai kerja pemadaman, pihak bomba menjumpai mayat lelaki warga Kemboja di rumah pertama.
Empat lagi mangsa rentung dipercayai daripada satu keluarga dijumpai di rumah kedua.
Mangsa sekeluarga ini terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan dengan isterinya warga Kemboja, bersama seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak.
Mangsa maut dikenal pasti sebagai Ubaidilah Ayob, Sarimah Yusof, Fauziah Daut, Fauzi Daut, dan Muhammad Amiruddin Ali.
Api berjaya dikawal pada jam 4.20 pagi.
"Dalam kejadian ini terdapat lima mangsa yang terperangkap dan meninggal dunia.
"Kita dapati bahawa kelima-lima mangsa ini terperangkap. Mereka berada di satu tempat iaitu di dalam bilik air.
"Kami percaya mereka cuba menyelamatkan diri dan cuba lari ke bahagian belakang tapi sebab pintu rumah belakang dihalangi oleh grill dan berkunci, maka mereka terperangkap dan cuba masuk bersembunyi dalam bilik air dengan harapan keadaan bilik air sejuk.
"Tapi malang mereka kemungkinan terhidu asap dan lemas," kata Norazam.
Menurutnya, keadaan rumah yang rapat serta struktur mudah terbakar menyebabkan api marak dengan cepat.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#empat sekeluarga rentung
#kebakaran lima buah rumah
#Kampung Delek Kanan
#Norazam Khamis
#Balai Bomba dan Penyelamat
#lelaki warga Kemboja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan