MALAYSIA
Empat suspek langgar anggota polis, pecah rumah direman seminggu

Empat suspek yang melakukan jenayah pecah rumah dan merempuh seorang anggota polis hingga maut dibawa ke Mahkamah Alor Setar untuk tahanan reman hari ini. - Foto Astro AWANI
ALOR SETAR: Empat lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pecah rumah dan melanggar anggota polis sehingga maut pada Khamis.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali di Kompleks Mahkamah Alor Setar bermula hari ini sehingga 14 Ogos.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
anggota polis maut dirempuh penjenayah ketika menjalankan tugas berhampiran Taman Golf di sini, petang semalam selepas cuba menghalang suspek kes pecah rumah melarikan diri.
Terdahulu, media melaporkan, seorang Mangsa, Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35 tahun, dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dilanggar kenderaan dipandu suspek.
Ketua Polis Kedah, Komisioner Datuk Adzli Abu Shah, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang selepas pihaknya menerima maklumat orang awam mengenai aktiviti mencurigakan di rumah terbabit.
Kesemua suspek berusia antara 24 hingga 26 tahun dipercayai berasal dari Johor dan hasil semakan mendapati seorang suspek mempunyai 77 rekod lampau, kebanyakannya membabitkan kes pecah rumah dan curi kenderaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami